Kuala Lumpur: Abang kepada Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Khalid Ali memohon semua pihak agar menghormati privasi adiknya yang didakwa melangsungkan perkahwinan dengan seorang artis tempatan.
Jelas Khalid, pihak yang mengeluarkan cerita itu sepatutnya mendapatkan kebenaran bekas jurulatih Penang FC itu terlebih dahulu.
"Apa yang berlaku ini hanya boleh dijawab oleh Zainal saja. Kesian adik saya itu, disebabkan isu ini rumah tangganya ada masalah pula.
"Kepada pihak pegawai agama itu perlulah bertanggungjawab. Apapun saya tak nak komen lebih, biarkan tuan punya badan yang mengesahkan atau tidak.
"Cuma saya boleh katakan, jodoh itu di tangan Tuhan. Saya ada nasihat kan dia (Zainal) supaya kuat tempuh dugaan ini," katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Sebelum ini, akhbar ini melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia 60-an membuktikan beliau masih lagi laku selepas berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun.
Susulan itu, ia menjadi perbualan hangat di media sosial terutama di beberapa portal yang 'memetik' nama Zainal yang dikatakan mengahwini adik kepada Ayda Jebat iaitu Fina Jebat yang pernah menyertai sebuah rancangan realiti televisyen swasta.
Walaupun tiada pengesahan atau pengakuan daripada kedua-dua pihak, netizen dan beberapa portal sukan serta hiburan memberi bayangan individu dimaksudkan itu adalah Zainal dan Fina.
-myMetro
No comments:
Post a Comment