Gara-gara kurang memuat naik foto berdua, penyanyi Wany Hasrita mengakui terdapat peminat yang bertanya mengenai status hubungannya dengan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun.Menurut laporan Utusan Online, penyanyi berusia 31 tahun itu berkata, setiap individu yang sudah berkahwin mempunyai pilihan untuk berkongsi atau tidak soal rumah tangga di media sosial.
“Alhamdulillah, saya dan suami baik-baik sahaja. Terima kasih kerana bertanya. Sila normalkan, jarang berkongsi gambar suami, isteri atau keluarga di media sosial adalah perkara biasa.
“Setiap individu adalah berbeza. Ada yang suka kongsi, ada yang suka simpan dan ada yang jarang-jarang. Kita raikan semua pilihan.
“Apapun, terima kasih bertanya. Kasihan suami saya tengah kerja nun jauh di Kapit (Sarawak) demi mencari rezeki halal,” katanya menerusi InstaStory baru-baru ini.
Sebelum ini, penyanyi lagu Canggung itu mengaku terpaksa menjalani hubungan jarak jauh selain berkemungkinan akan bermastautin di negeri asal suaminya di Kuching, Sarawak pada masa akan datang.
“Saya masih menyesuaikan diri. Dulu, ingat senang hubungan jarak jauh. Bila sudah jadi suami isteri, baru tahu sukarnya menahan rindu. Tetapi, insya-Allah, saya dan suami okay sahaja. Saling belajar.
“Sekarang, dialah ‘rumah’ saya. Bila ada kelapangan masa, saya akan turun ke Kuching atau dia yang akan ke Kuala Lumpur.
“Kami kena pandai susun masa dan apabila dapat bertemu, saya memang tidak sentuh telefon langsung,” katanya.
Untuk rekod, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan yang bekerja dalam bidang penerbangan itu pada 22 Julai tahun lalu.
Sumber: Utusan Online (Alif Fadli Bin Mohd Sori) , Instagram Wany Hasrita
kredit:ohmymedia.cc
No comments:
Post a Comment