KUALA LUMPUR: Finalis program realiti, Famili Duo, Sissy Imann menafikan berkecil hati dengan komen juri tetap, Mas Idayu sehingga mencetuskan kontroversi, minggu lalu.
Sebaliknya, kata Sissy, dia mengunci mulut kerana kecewa dengan diri sendiri apabila gagal menjadi penyanyi terbaik, meskipun sudah hampir sedekad berada dalam industri.
"Saya menangis kerana kecewa dengan diri sendiri apabila persembahan menerusi lagu Jampi versi keroncong tidak menjadi.
"Saya sudah mengecewakan Naim kerana persembahannya okay pada malam itu.
"Jadi, persembahan tidak menjadi disebabkan saya," katanya yang ditemui selepas konsert Famili Duo separuh akhir, malam tadi.
Mengulas adakah menghubungi Mas Idayu untuk menjernihkan keadaan berikutan penyanyi dangdut itu teruk dikritik netizen selepas komen pedasnya membuatkan Sissy menangis teresak-esak di atas pentas, namun Sissy belum membuat keputusan.
"Kita tengok macam mana, saya memang tidak menghubungi sesiapa, melainkan Naim sejak minggu lalu.
"Saya juga tidak mahu terlalu memikirkan apa yang berlaku, minggu lalu bagi menjaga kesihatan mental," katanya.
-BH Online
No comments:
Post a Comment