Ronaldo Langgar Undang-undang Arab Saudi, Akhirnya Dibenar Bawa Pasangan Tinggal Serumah
RIYADH: Cristiano Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez akan mendapat kelulusan undang-undang ketat Arab Saudi mengenai pasangan yang tidak berkahwin untuk tinggal bersama.
Pemain berumur 37 tahun itu menyertai Al Nassr dengan perjanjian dua tahun setengah bernilai 173 juta pound (RM906 juta) semusim selepas kontraknya di Manchester United ditamatkan atas persetujuan bersama.
Ronaldo mencetuskan kemarahan di Old Trafford dalam sesi wawancaranya bersama Piers Morgan selepas menuduh United melakukan pengkhianatan sambil mendedahkan dia tidak menghormati pengurus Erik Ten Hag.
Bagaimanapun, dengan pasangan itu belum berkahwin dan tinggal bersama, mereka secara teknikalnya akan melanggar undang-undang Arab Saudi.
Terdapat laporan yang menyatakan Ronaldo yang merupakan bapa kepada lima orang anak termasuk dua anak hasil hubungan dengan Georgina akan mendapat kelulusan untuk tinggal bersama kerana statusnya sebagai salah seorang atlet paling terkenal di dunia.
“Walaupun undang-undang masih melarang bersekedudukan tanpa akad nikah, pihak berkuasa telah mula menutup mata dan tidak menganiaya sesiapa. Sudah tentu undang-undang ini digunakan apabila terdapat masalah atau jenayah.
“Pihak berkuasa Arab Saudi, hari ini, tidak campur tangan dalam perkara ini (dalam kes warga asing) tetapi undang-undang terus melarang bersekedudukan di luar perkahwinan,” kata peguam terbabit.
Ronaldo masih belum membuat penampilan sulung di Asia Barat kerana Al Nassr tidak dapat mendaftarkannya kerana mereka telah melebihi kuota pemain asing.
Ini bermakna kelab itu perlu sama ada menjual atau memecat salah seorang pemain luar negara mereka sebelum bintang Portugal itu dapat beraksi.
“Al Nassr belum mendaftarkannya kerana tiada kekosongan untuk pemain asing.
“Pemain asing perlu tinggalkan kelab bagi membolehkan Ronaldo didaftarkan, sama ada dengan menjual atau menamatkan kontrak dengan persetujuan bersama,” kata seorang pegawai Al Nassr. – AGENSI
No comments:
Post a Comment