PUTRAJAYA: Negara ini mempunyai vaksin COVID-19 yang mencukupi tetapi banyak yang terpaksa dilupuskan kerana kurang sambutan daripada rakyat untuk mengambil dos penggalak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata hampir 49 peratus orang ramai sudah melengkapkan pelalian mengambil dos penggalak dan ketika ini, bekalan vaksin masih ada kira-kira enam juta dos.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.
"Jadi saya syorkan, bermula dengan wartawan yang belum ambil dos penggalak untuk ambil kerana mengikut unjuran dan kajian Kementerian Kesihatan (KKM), jangkitan ini belum tamat.
"Jadi jika begitu, yang sudah ambil dos pertama dan kedua, harus mengambil dos penggalak kerana vaksinnya masih ada," katanya.
-BH Online
No comments:
Post a Comment