New York: Memiliki barangan bernilai tinggi atau mahal menjadi idaman setiap individu kerana ia dilihat sebagai simbol kemewahan dan kekayaan.
Barangan perhiasan diri seperti emas dan permata, selain hartanah, kenderaan serta karya seni dapat menunjukkan dengan tepat nilainya yang membolehkan pemerhati meneka status kemewahan si pemilik.
Berikut 15 pemilikan termahal di dunia seperti dilaporkan Yahoo Finance.
History Supreme Yacht - AS$4.5 bilion (kira-kira RM19 bilion)
Kapal layar ini dikatakan milik bilionair Malaysia, Robert Kuok. Ia dilengkapi struktur emas dan platinum yang mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.
Bangunan kediaman persendirian, Antilia - AS$2 bilion (kira-kira RM8 bilion)
Bangunan 27 tingkat di atas bangunan yang mempunyai tiga tapak pendaratan helikopter, sembilan lif dan pawagam dengan 50 tempat duduk ini dimiliki bilionair India, Mukesh Ambani.
Villa Leopolda - AS$506 juta (kira-kira RM2 bilion)
Kediaman Raja Belgium Leopold II yang dibina pada 1902 sudah beberapa kali bertukar tangan dan pernah dijadikan hospital semasa Perang Dunia kedua. Ia adalah kediaman persendirian kedua termahal di dunia dan kini dimiliki bilionair Rusia, Mikhail Prokhorov.
Lukisan The Card Players - AS$275 juta (kira-kira RM1.2 bilion)
Hasil karya artis Perancis, Paul Cezzane kini dilaporkan dimiliki oleh keluarga diraja Al-Thani dari Qatar. Negara itu juga negara keempat terkaya di dunia, menurut WorldAtlas.
Rumah Jeff Bezos di Beverly Hills - AS$165 juta (kira-kira RM727 juta)
Pengasas dan jutawan Amazon, Jeff Bezos turut memiliki banyak hartanah termasuk rumah agam, kondominium di bandar New York dan rumah di Washington yang kesemuanya bernilai jutaan dolar.
Lukisan Potrait Adele Bloch-Bauer I - AS$135 juta (kira-kira 595 juta)
Lukisan Gustav Klimt ini dibeli oleh pengumpul seni, Ronald Lauder untuk dipamerkan di Neue Galarie, New York pada 2006.
Lukisan Potrait Garçon à la pipe (Boy with pipe) - AS$104 juta (kira-kira RM458 juta)
Ia sebagai salah satu daripada tiga karya seni termahal yang dijual dalam lelongan rumah lelongan Sotheby's pada Mei 2004. Ia dipercayai dibeli oleh bilionair Itali, Guido Barilla.
Jam The Graff Hallucination - AS$55 juta (kira-kira RM242 juta)
Pengerusi Graff Diamonds, Laurence Graff memperkenalkan karya jam tangan batu permata ini kepada dunia pada 2014 dengan hasil sukar dipertikaikan yang menampilkan berlian lebih 110 karat dalam pelbagai bentuk dan warna.
Kereta Ferrari GTO 1962 - AS$48.4 juta (RM213 juta)
Kereta merah ini dijual kepada individu tidak dinamakan di lelongan anjuran Sotheby's di Monterey, California, pada 2018.
Jam gergasi - AS$42 juta (kira-kira RM185 juta)
Antara jam pembelian jutawan, Jeff Bezos yang direka untuk beroperasi selama 10,000 tahun.
Jam tangan Chopard 201 karat - AS$25 juta (kira-kira RM110 juta)
Mempunyai 874 batu permata termasuk tiga berlian berbentuk hati antara 11 hingga 15 karat setiap satu, membentuk corak seperti kelopak bunga pada muka jam tangan.
Berlian Perfect Pink - AS$23 juta (kira-kira RM101 juta)
Syarikat lelongan, Christie's Hong Kong menjual berlian merah jambu seberat 14.23 karat kepada pembeli yang tidak didedahkan identitinya pada 2012.
Domain laman web insure.com - AS$16 juta (kira-kira RM70 juta)
Laman web itu didaftarkan kepada Network Solutions, LLC. Berdasarkan maklumat mendapati syarikat induknya adalah Quinstreet Inc., sebuah syarikat yang menguasai pasaran dalam talian.
Jerung Harimau (tiger shark) yang diawet - AS$8 juta (kira-kira RM35 juta)
Ia adalah jerung harimau yang diawet oleh Charles Saatchi dan dijual kepada bilionair, Steven Cohen.
Piano Kristal Heintzman - AS$3.2 juta (kira-kira RM14 juta)
engeluar piano Kanada Heintzman & Co memegang rekod menghasilkan piano termahal di dunia iiatu piano lut sinar yang dibina daripada kristal. Menurut majalah Pianist, artis Lang Lang bermain piano itu pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Beijing 2008.
-myMetro
No comments:
Post a Comment