Memakai kasut atau selipar adalah kebiasaan di tahun 2023. Lebih selesa berjalan dengan kasut kerana dapat mengelakkan kecederaan pada kaki. Saintis walau bagaimanapun tidak tahu bilakah nenek moyang kita mula memakai kasut. Tetapi penyelidik daripada Afrika Selatan mengatakan mereka menemukan bukti manusia memakai kasut yang berusia di antara 70,000- 130,000 tahun yang lalu di kawasan pantai Cape Selatan negara mereka.
Sebanyak 350 bekas tapak kaki manusia telah dikesan di kawasan ini. Secara lazimnya tapak kaki manusia lengkap dengan jari dapat dilihat. Penyelidik mengemukakan hipotesis tapak kaki yang tidak menunjukkan ibu jari ditinggalkan oleh manusia yang memakai kasut atau sandal primitif. Berdasarkan anggaran usia tapak yang ditinggalkan, kasut mungkin mula dipakai oleh manusia Zaman Batu Pertengahan.
Tiada spesimen kasut awal ini pernah ditemukan kerana ia pastinya telah luput ditelan zaman. Tetapi lukisan primitif yang ditinggalkan kaum San memberikan idea ia diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Saintis juga tidak tahu mengapa manusia mula memakai kasut. Mungkin untuk keselesaan berjalan jauh atau mengelakkan kecederaan yang boleh membawa maut puluhan ribu tahun lalu.
-amanz.my
No comments:
Post a Comment