Apple iPhone 15 Pro Max dilengkapi kamera yang mampu melakukan zum optikal sehingga 5X. Ini adalah lebih baik berbanding iPhone 15 Pro yang sehingga 3X sahaja. Ini dilakukan menerusi mekanisme prisma baharu yang tidak pernah digunakan pada iPhone terdahulu. Ramai mungkin mempunyai harapan 15 Pro Max akan mempunyai kemampuan zum sebaik peranti mercu Android tetapi malangnya tidak.
Menurut laman rasmi Apple, kamera iPhone 15 Pro Max hanya boleh melakukan zum sehingga 25X sahaja sementara pada iPhone 15 Pro pula ia sehingga 15X yang sama seperti pada 14 Pro tahun lalu. Kesemua ini dilakukan menerusi sistem zum digital sepenuhnya.
Tahap zum yang rendah jika dibandingkan dengan Galaxy S23 Ultra yang boleh melakukan zum 100X secara digital dan Xiaomi 13 Ultra pula sehingga 120X zum digital. Walaupun kamera iPhone tahun ini lebih baik berbanding model tahun lalu, Apple masih belum bersedia untuk memberikan kemampuan zum sebaik Android.
-amanz.my
No comments:
Post a Comment