Sedia maklum, sejak beberapa hari ini, isu mengenai wanita dari Indonesia, Mondy mendakwa pendakwah bebas, Ebit Lew melakukan gangguan seksual kepadanya kecoh di semua platform media sosial.
Bukan saja netizen, malah selebriti sensasi, Zarina Anjoulie turut tidak terkecuali mengulas mengenai kes hangat yang sedang berlaku ketika ini.
Melalui rakaman video live Anju, dia bertanya kepada peminatnya mengenai kes Ebit Lew ini kerana mahu mengetahui lebih lanjut.
Apabila peminat berkata ketika ini penyanyi rap, Caprice sedang membantu Mondy untuk dapatkan keadilan, Anju seolah-olah memerlinya yang sering mahu turut terlibat dalam isu-isu ‘panas’.
Of course Cap will be the first one menggeletis nak handle kan benda ni. Hero Malaysia dan menggeletis.
Anju turut sempat mengucapkan terima kasih kepada Ebit kerana selama ini banyak membantu orang susah tetapi dalam pada masa yang sama, dia juga menasihati pendakwah terbabit untuk tidak membantu orang luar kerana enggan perkara seperti ini berlaku.
Kata pelakon terbabit, lebih baik jika pendakwah sensasi itu membantu rakyat Malaysia yang lebih tahu unutk berterima kasih berbanding negara luar.
-BeautifulNara
No comments:
Post a Comment