Siri storan Samsung SSD 990 Pro merupakan diantara storan SSD PCIe 4.0 terpantas yang hadir di pasaran sekarang ini dengan penawaran 1TB dan 2TB dengan kelajuan pembacaan data 7500MB/s dan 6900MB/s.
Hari ini, Samsung telah mengumumkan penambahan penawaran kepada siri SSD ini dimana mereka akan menawarkan pilihan storan 4TB pula dengan kadar pembacaan dan penulisan data yang sama. Penambahbaikan dapat dilihat melalui nilai TBW (Total bytes written) setinggi 2400TB data, berbanding 650TB dan 1200TB pada model 1TB dan 2TB.
Storan Samsung SSD 990 Pro ini berguna dalam pelbagai jenis aplikasi, tidak kira untuk komputer desktop, komputer riba mahupun konsol permainan terbaru untuk tujuan penyelidikan, suntingan video beresolusi tinggi mahupun menggerakkan permainan-permainan komputer dan video terbaru.
Samsung Malaysia mengatakan bahawa model 4TB Samsung SSD 990 Pro ini akan tiba di pasaran tempatan pada bulan November ini, dengan tanda harga yang akan ditetapkan kelak.
-amanz.my
No comments:
Post a Comment