London: Peminat bola sepak menggesa ujia DNA dijalankan selepas menyedari pemain wanita Afrika Selatan Miche Minnies mempunyai raut wajah mirip legenda Brazil Ronaldinho.
Miche, 21, penyerang kelab Mamelodi Sundowns di Afrika Selatan tular di media sosial selepas peminat mendapati wajahnya hampir sama dengan bekas pemenang Ballon d'Or itu.
Foto Miche ketika beraksi disiarkan bersama Ronaldinho ketika era kegemilangannya dan persamaan mereka tampak ketara apatah lagi kedua-duanya memakai jersi kuning.
Miche pemain berbakat dengan cara sendiri dan meledak 23 gol dalam semua kejohanan bagi membantu Sundowns mengekalkan gelaran Liga Super selain mara ke final kelayakan Piala COSAFA Cup dan Liga Juara-Juara Wanita CAF.
Dia sekali lagi menjaringkan gol Isnin lalu ketika Sundowns membelasah Costa Do Sol 4-0 dalam saingan CWCL.
Persamaan mereka menarik perhatian peminat yang membandingkan kedua-duanya di media sosial.
Seorang peminat di Twitter berkata: "Miche Minnies dari Sundowns Ladies mengingatkan saya dengan seseorang."
Peminat kedua menambah: "Ronaldinho mesti menjelaskan kenapa raut wajahnya mirip dengan Miche Minnies yang beraksi dengan Mamelodi Sundowns Ladies di Afrika Selatan!"
Manakala peminat ketiga berkongsi gambar mereka dan memberikan komen: "Ini Miche Minnies, pemain sayap Afrika Selatan beraksi dengan Mamelodi Sundowns. Ronaldinho perlu jelaskan sesuatu."
"Ronaldinho perlu jelaskan ini. Dia seperti berkunjung ke Afrika Selatan 20 tahun lalu," reaksi peminat keempat.
Walaupun Miche bukan anak sebenar Ronaldinho, perbandingan itu sangat melucukan selain membuatkan peminat tertunggu-tunggu pencapaian seterusnya pemain berbakat berusia 21 tahun itu.
-myMetro
No comments:
Post a Comment