Black Monday!
1. Isnin yang kelam. Isnin yang gelap. Isnin yang menyedihkan. Ya , tarikh 04 September 2023 Isnin menjadi saksi bagaimana undang-undang Negara diperjudikan ahli politik atas nama kononnya reformasi. 2. Seolah-olah diatur, realitinya jelas hari ini. Setakat jam 12 tengah hari , sah Timbalan Perdana Menteri serta Presiden UMNO yang mendokong PMX dilepaskan tanpa dibebaskan dari 47 pertuduhan bersabit isu Yayasan Akal Budi. 3. Yang pelik dan ajaib adalah permohonan dibuat oleh pihak Pendakwaan sendiri pagi ini dihadapan Yang Arif Hakim. Yang peliknya juga adalah pendakwaan sendiri yang telah memilih untuk mendakwa Zahid Hamidi. 4. Yang pelik juga adalah pihak pendakwaan yang sama juga telah memanggil 99 saksi serta Bicara selama 53 hari sebelum menghujahkan bahawa pertuduhan terhadap Zahid Hamidi adalah utuh. 5. Yang pelik juga adalah pihak Pendakwaan pada Januari 2022 meraikan kemenangan bila kes prima facie didapati terhadap Zahid Hamidi. Maknanya kes pendakwaan jitu dan ampuh. 6. Yang pelik juga adalah secara tiba-tiba setelah bertungkus lumus bawa kes terhadap Zahid Hamidi, ketua pasukan Pendakwaan umum mahu bersara awal. 7. Yang pelik juga adalah secara tiba-tiba tular memo dalaman dari pejabat Peguam Negara bertarikh 17.10.2018, menyatakan tiada kes terhadap Zahid Hamidi. 8. Yang pelik juga adalah PMX dan timbalannya begitu akrab berkongsi gelak tawa tepuk tampar walau kes 47 pertuduhan belum selesai. Sudahkah mereka berdua tahu penamat permainan pada masa perjanjian PMX dan TPM dipersetujui? 9.Akhirnya, sudah terang lagi bersuluh. Jelas cahaya dihujung terowong bagi Zahid Hamidi. Cahaya disuluh penunggang reformasi. 10. Ya, cahaya bagi Zahid, kelam bagi Malaysia. 11. Wahai Rakyat, dalam beberapa hari ini akan keluarlah pelbagai pakar perundangan, bekas-bekas pendakwa raya, pensyarah undang-undang, peguam-peguam bijaksana serta peguam kanan kiri atas bawah depan belakang yang akan menyatakan kuasa ada apa Peguam Negara untuk dakwa, tangguh, tunda, henti pendakwaan. 12. Cuma ingatlah segala kepelikan yang dinyatakan sebelum ini, dan ingatlah bahawa Isnin 04 September 2023 adalah hari sedih Malaysia. Permainan politik berpedangkan reformasi. Rafique Rashid Ketua Penerangan Pejuang 04.09.2023
No comments:
Post a Comment