Tidak perlu korbankan minat dan impian untuk menikmati gaya hidup diinginkan, kerana semua boleh diperolehi dengan menjana pendapatan sampingan.
Dalam pasaran kerja yang berkembang pesat hari ini, konsep ‘side hustle’ menjadi pilihan ramai. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘side hustle’? Ia adalah pekerjaan tambahan yang dilakukan di samping pekerjaan utama.
Golongan milenial dan Gen Z tidak lagi yakin bahawa pendapatan dari pekerjaan harian mereka dapat menampung gaya hidup mereka.
Kebanyakannya mula meneroka pelbagai peluang lain untuk menjana pendapatan sampingan. Mereka juga percaya dengan minat dan kemahiran yang dimiliki, mereka mampu menjana pendapatan sampingan dan memperoleh kehidupan yang lebih baik.
Kemajuan ekonomi digital
Kemunculan platform dalam talian seperti Fiverr dan Jooble membuka peluang pendapatan kepada yang inginkan keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan. Platform ini menawarkan fleksibiliti, disamping kebebasan yang diidamkan.
Kewujudan pasaran maya telah membuka peluang untuk menghasilkan pendapatan sampingan dengan mempamerkan bakat dan kemahiran yang dimiliki. Pasaran tanpa sempadan ini, menyediakan ruang kreatif untuk memasarkan bakat anda sambil berhubung dengan pelanggan dari seluruh dunia.
Platform seperti YouTube dan Twitch adalah tempat yang sesuai bagi mereka yang berjiwa kreatif. Di platform ini, anda boleh membina pengikut yang setia. Dengan jumlah pengikut yang ramai, anda boleh menarik perhatian pelanggan atau perniagaan yang ingin mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka di akaun anda melalui iklan, tajaan dan sebagainya.
Selain platform digital, anda juga boleh meneroka sumber pendapatan sampingan lain, antaranya menjadi tenaga pengajar sampingan, menjaga haiwan peliharaan (pet sitting), pemandu untuk perkhidmatan ‘rideshare’ seperti Grab atau menjadi rider penghantaran makanan seperti Foodpanda, Grabfood dan sebagainya.
Perunding kewangan
Jika anda mencari pekerjaan sampingan yang menawarkan fleksibiliti dan potensi pendapatan tanpa had, kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah (UTC) adalah pilihan terbaik.
Kerjaya sampingan yang fleksibel ini membolehkan anda memperoleh pendapatan tambahan tanpa mengganggu rutin atau pekerjaan harian. Anda boleh menikmati kebebasan dalam merancang jadual kerja anda, dan anda boleh bekerja pada bila-bila masa bergantung kepada keselesaan anda.
Anda tidak perlu lagi risau kerana pekerjaan sampingan anda tidak akan mengganggu rutin harian anda.
Jika anda berminat untuk meneroka peluang pekerjaan sebagai UTC, Eastspring Investments Berhad adalah permulaan yang terbaik.
Peranan anda sebagai UTC Eastspring adalah membantu pelanggan dalam membuat keputusan kewangan dan meneroka pelbagai peluang pelaburan.
Dengan membantu pelanggan membuat pilihan yang tepat, anda akan memperoleh komisen berdasarkan jumlah pelaburan mereka. Jika lebih ramai pelanggan yang anda bantu dan lebih tinggi pelaburan mereka, anda akan memperoleh pendapatan yang lebih banyak.
Ini bermakna anda boleh menjana pendapatan sampingan hasil daripada dedikasi dan usaha anda sendiri.
UTC Eastspring bukan sekadar pekerjaan; ia juga adalah peluang untuk anda menjadi bos anda sendiri dan membentuk masa depan kewangan anda. Ia menyediakan potensi pendapatan pasif yang konsisten, membolehkan anda untuk memiliki model perniagaan yang menjana pendapatan jangka panjang.
Selain itu, Eastspring Investments Berhad juga menyediakan program kerjaya berstruktur dan latihan komprehensif untuk meningkatkan kemahiran anda. Bersama-sama dengan pasukan yang berdedikasi, anda mampu kekal di hadapan dalam industri perkhidmatan kewangan.
Eastspring Investments Berhad juga memberi ganjaran kepada mereka yang mencapai prestasi tinggi. Ganjaran dan program insentif seperti Eastspring Production Points (EPP) untuk jualan, pengalaman pelancongan eksklusif, lawatan insentif tahunan, dan penganugerahan khas semasa Eastspring Achievers Recognition Night.
Sebagai UTC Eastspring, anda berpeluang membantu lebih ramai orang untuk mencapai taraf kewangan yang lebih baik sambil mencipta impak yang bermakna.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh menjadi UTC Eastspring, klik di sini.-FMT
No comments:
Post a Comment