Rafique Rashid – foto Agenda Daily
KUALA LUMPUR, 8 Sept 2023 – Sudah tiba masanya kerajaan memisahkan segera peranan pejabat Peguam Negara dengan Pendakwa Raya kerana jika tidak, krisis keyakinan rakyat terhadap institusi pendakwa raya di negara ini tidak akan dilenyapkan.
Peguam, Rafique Rashid dalam satu kenyataan berkata, seharusnya Peguam Negara dan Timbalan Pendakwa Raya berkhidmat dan bertanggungjawab pada Rakyat bukan hanya Kerajaan atau Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau Kabinet.
“Sebenarnya, Peguam Negara dan barisan Timbalan Pendakwa Raya dibawah seliannya tidak hanya menjadi Peguam atau Penasihat Undang-Undang bagi “Government of the day” sahaja. Lebih dari itu mereka adalah Peguam bagi Rakyat jelata. Mereka adalah guardian of society, of social justice.
Rafique mencadangkan sudah tiba masanya pejabat Peguam Negara dipisahkan.
“Peguam Negara tidak harus menjadi Pendakwa Raya. Kes-kes jenayah yang membabitkan semua jenis kesalahan mestilah dibawah seliaan Pendakwa Raya.
“Harus ada pemisahan ini segera. Perlu ada iltizam politik semua pihak. Tiada alasan lagi. Lakukan sekarang. Lagipun bukankah hari-hari ratib ada 2/3 majoriti. Ujar beliau.
Menurut Rafique yang juga Ketua Penerangan parti Pejuang, Peguam Negara dan jabatan dibawahnya harus hanya dibenar menjadi penasihat undang-undang pada kerajaan, Jemaah Menteri, Kementerian-kementerian, agensi-agensi Kerajaan.
“Peguam Negara juga harus menasihati Kerajaan berkaitan penggubalan undang-undang, merangka undang-undang( drafting of laws), penasihat berkaitan isu-isu antarabangsa, dan kerja-kerja guaman lain berkaitan. Malah tindakan-tindakan sivil membabit kerajaan juga boleh dilakukan oleh Peguam Negara dan jabatannya.
“Pemisahan jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya ini mesti dilakukan segera.
“Sejak beberapa ketika ini jelas kelihatan mereka-mereka yang berjawatan tinggi dan/atau yang ingin kekal dalam jawatan-jawatan tertinggi seolah-olah mendapat laluan mudah dari Jabatan Peguam Negara.
“Reformasi tidak harus hanya dilaung tetapi harus kelihatan dilakukan dan wajib dilaksanakan. Katanya. – malayadaily.com
No comments:
Post a Comment