Tidak dinafikan, pelajar masa kini lebih banyak peluang untuk mengakses ilmu pengetahuan dalam internet berbanding zaman ibu bapa mereka.
Namun, kewujudan internet ini juga turut terdedah kepada perkara-perkara yang tidak diingini yang amat merisaukan golongan guru dan ibu bapa.
Baru-baru ini, seorang guru dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh meluahkan kerisauan terhadap pelajar masa kini yang mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak sepatutnya.
Menerusi perkongsian guru itu di Facebook, katanya seorang pelajar berumur 11 tahun telah menulis perkataan ‘LGBTQ+’ pada lukisannya dalam sebuah pertandingan melukis sempena Hari Malaysia.
Menurutnya, guru yang membuat aduan kepadanya memberitahu lukisan tersebut cantik namun terkejut apabila mendapati terdapat perkataan ‘LGBTQ+’ pada lukisan itu.
Ditanya mengapa menulis perkataan itu pada lukisannya, pelajar terbabit mendakwa ia nampak cool dan trending seperti yang dilihat di media sosial.
“Betul cikgu. Ni lukisan dia. Cantik kan? Tu dia tulis kat bawah tu. Saya tanya dia, kenapa tulis LGBTQ+ tu. Jawabnya itu trend sekarang.
“Memang banyak dia tengok kat YouTube, TikTok tulis macam tu. Dia tulislah. Bila tanya maksud LGBTQ+, dia tak faham apa pun,” ujar guru itu.
Hantaran itu telah menarik perhatian ramai yang dilihat perkara itu amat merisaukan dengan pengaruh yang diterima pelajar masa kini.
Menjengah ke ruangan komen, guru yang terlibat dalam pertandingan melukis itu memaklumkan pelajar terbabit benar-benar tidak tahu mengenai perkataan tersebut.
Selepas menerangkan maksud perkataan itu, pelajar terbabit memberi reaksi terkejut dan penjaganya berterima kasih atas teguran yang dibuat.
Harap ibu bapa peka dengan apa yang ditonton oleh anak-anak mereka…
Sumber: Facebook
Credit:Lobak Merah
No comments:
Post a Comment