SHAH ALAM: Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) mengumumkan pelarasan harga jualan beras putih import di pintu gudang BERNAS seluruh negara daripada RM2,350 per tan metrik kepada RM3,200 per tan metrik berkuatkuasa mulai 1 September 2023 sejajar dengan harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.
Dalam satu kenyataan, BERNAS menjelaskan ia telah mengharungi separuh tahun pertama yang sangat mencabar disebabkan ketidaktentuan pelbagai faktor luaran seperti perubahan iklim, kadar pertukaran matawang asing yang semakin lemah, kos operasi yang tinggi dan konflik serantau.
Faktor-faktor ini secara kolektif telah mencetuskan kesan ketara ke atas pasaran dagangan beras global, ditambah lagi dengan kesan larangan pengeksportan beras putih yang diumumkan oleh India baru-baru ini.
BERNAS juga telah menanggung kesan kenaikan harga beras import sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, akibat ketidakpastian keadaan semasa dan setelah mempertimbangkan keperluan untuk memastikan operasi perniagaan yang mampan dan kestabilan industri, pelarasan harga adalah perlu dan tidak dapat dielakkan buat masa ini.
-BuletinTV3
No comments:
Post a Comment