Skim itu juga bertujuan untuk meningkatkan kapasiti kontraktor Melayu-Bumiputera dalam industri pembinaan untuk menjadi lebih berdaya saing dan berdaya tahan.
Pada 21 Februari, 2023, media melaporkan Presiden PKMM Mohamed Fadzill mendakwa projek tersebut diberi kepada syarikat yang mesra pada parti tertentu meskipun tiada pengalaman mahupun kepakaran untuk kerja tersebut.
Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) mendakwa projek Jana Wibawa diberi melalui rundingan terus dan tender terpilih yang merupakan ‘rahsia terbuka’ diketahui kontraktor Melayu-Bumiputera.
Jadi.. setelah Kerajaan bertukar, Kementerian Kewangan baru-baru ini mengarahkan projek Jana Wibawa ditangguh pelaksanaannya bagi meneliti semula sama ada tatacara perolehannya mengikut peraturan ditetapkan perbendaharaan.
Penangguhan projek bernilai RM5.7 bilion itu kerana disyaki ada unsur kaedah perolehan dibuat secara tender terpilih atau runding terus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi penggulungan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, baru-baru ini memberi jaminan projek Jana Wibawa akan diteruskan khusus untuk membantu Bumiputera.
"Jana Wibawa akan diteruskan dan tidak dibatalkan seperti dakwaan sesetengah pihak. Saya runding semula kerana banyak pelanggaran peraturan kewangan sebelum ini, malah ada syarikat Cina 'dibumiputerakan'," kata Perdana Menteri.
Lantaran dari penangguhan itu lebih dari 1,000 kontraktor Bumiputera menanggung kerugian besar apabila pelbagai projek diluluskan menerusi Program Jana Wibawa sebelum ini dibatalkan untuk ditender semula.
Oleh itu Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz, berharap kerajaan mempertimbang semula keputusan berkenaan kerana menurutnya masalah yang berlaku adalah antara kerajaan sekarang dan kerajaan terdahulu.
"Ini situasi paling ditakuti kontraktor yang mana setiap mereka sudah membelanjakan ratusan ribu ringgit, namun akhirnya projek entah ke mana.
"Duit habis, projek tidak dapat. Hampir keseluruhan kontraktor terbabit adalah mereka dalam Gred 7 atau kelas A dan sebahagian lagi adalah Gred 6 atau kelas B.
"Pembatalan tender sebelum ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia projek tender terhad, bukannya projek runding terus.
"Setiap kontraktor menyertai tender itu sudah mengeluarkan modal untuk kerja awalan (Reka dan Bina) dan kontraktor berkenaan juga sudah dinilai Kementerian Kewangan dan disahkan layak untuk menyertai tender berkenaan," katanya.
MINTA PERTIMBANG SEMULA
Mohd Rosdi berkata, untuk menyertai tender terhad membabitkan projek jalan baharu, kontraktor terpaksa mengeluarkan modal puluhan ribu hingga ratusan ribu ringgit bagi melantik arkitek, jurutera, juruukur bahan, juruukur tanah, menyiapkan dokumen tender projek dan reka bina struktur pelan.
"Bayangkan mereka sudah berhabis duit yang banyak, tiba-tiba projek dibatalkan hanya disebabkan masalah antara kerajaan terdahulu dengan kerajaan sekarang," katanya.
Justeru, Mohd Rosdi berharap kerajaan mempertimbang semula keputusan berkenaan kerana ia membabitkan kerugian besar bagi kontraktor.
"Disebabkan pembatalan tender itu, kontraktor bukan sahaja menanggung kerugian sebaliknya buntu memikirkan modal baharu untuk menyertai tender lain.
"Apa yang berlaku ini bukan dalam kalangan ahli persatuan kontraktor sahaja, sebaliknya mereka yang bukan ahli juga mengalami nasib sama.
"Ini yang kita perjuangkan kerana sebelum ini sudah ramai kontraktor sudah gulung tikar kerana tidak mampu menampung kenaikan kos bahan binaan, namun kali ini berdepan penamatan tender pula," katanya.
Tender terhad ialah tender yang dikeluarkan oleh pelanggan kepada kontraktor yang berada dalam kelas kelayakan yang dinyatakan dalam kenyataan tawaran (notis tender). Proses pemilihan tender terhad lebih cepat kerana jumlah kontraktor yang menyertai tawaran adalah terhad kepada kelas tertentu - BH
KOTA BHARU: Lebih 1,000 kontraktor Bumiputera terpaksa berputih mata dan menanggung kerugian besar apabila pelbagai projek diluluskan menerusi Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) sebelum ini dibatalkan untuk ditender semula.Difahamkan, sekurang-kurangnya 100 projek yang kebanyakan membabitkan tender terhad menerusi Program Jana Wibawa bernilai bilion ringgit akan dibuka untuk tender semula, biarpun kontraktor sebelum ini sudah membuat pelaburan besar, termasuk melantik jururunding bertauliah untuk menyelia projek itu.Kebanyakan projek itu membabitkan pembinaan jalan di luar bandar dan projek tebatan banjir. Kontraktor terbabit juga mendakwa mengalami kerugian besar kerana sudah melantik arkitek, jurutera, juruukur bahan dan juruukur tanah untuk menyiapkan dokumen tender projek itu, dengan bayaran yang sudah dilunaskan sepenuhnya.Mendedahkan perkara itu, Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz, berkata kontraktor Bumiputera terbabit kini tersepit dalam situasi genting apabila tender projek berkenaan dibatalkan."Kebanyakan projek ini di bawah Program Jana Wibawa dan masalah yang berlaku adalah antara kerajaan sekarang dan kerajaan terdahulu. Ia tidak sepatutnya membebankan kumpulan kontraktor. Kita difahamkan projek akan diteruskan, namun kaedah tender akan dibuat kita tidak tahu, manakala tender asal sudah dibatalkan," katanya.
Katanya, sebahagian besar kontraktor juga tidak dimaklumkan mengenai perkembangan itu dan terpaksa menanggung kerugian besar kerana sudah mengeluarkan modal yang tinggi.
No comments:
Post a Comment