Beliau menyertai bekas Ahli Parlimen Klang daripada DAP, Charles Santiago yang dilantik semula untuk mengetuai suruhanjaya itu bulan lalu. Santiago memegang jawatan itu dari 1 Nov 2018 hingga 31 Okt 2020 ketika Pakatan Harapan berkuasa.
Azrina memiliki ijazah sarjana dalam kejuruteraan alam sekitar dari Universiti Sains Malaysia dan ijazah sarjana muda kejuruteraan awam dari Universiti Teknologi Malaysia.
Beliau menjadi Ahli Parlimen selama satu penggal selepas memenangi kerusi Merbok di Kedah pada PRU 2018 dengan majoriti 10,072 undi.
Beliau tewas kepada calon Perikatan Nasional, Nazri Abu Hassan dengan 21,019 undi pada PRU15 pada November lalu - FMT
No comments:
Post a Comment