Hanya Yang Betul Betul Betul Saja
Apatah lagi, video yang memaparkan penyanyi itu sedang merakam muzik video rasmi di Dataran Merdeka baru-baru tular di media sosial. Begitu hebat aura bintang seni kesayangan ramai itu.
Hits mendapatkan Siti Nurhaliza. Bercerita tentang cabaran, keistimewaan dan pemilihan lagu Menjaga Cintamu.
Apa keistimewaan lagu Menjaga Hatimu sehingga Siti menerima tawaran tersebut?Saya jarang menolak untuk menyampaikan lagu-lagu OST sebelum ini dan apabila pihak penerbit datang bertemu dengan pengurusan, perbincangan juga lancar.
Saya juga memahami lagu dan lirik tentang kesetiaan dan pengorbanan seorang wanita. Kebetulan juga saya memang dalam fasa menerbitkan album terbaharu.
Prosesnya seperti biasa, mereka menawarkan untuk saya menyanyikan lagu ini dan saya juga mendapat penerangan mengenai filem ini, walaupun saya menyanyikan lagu OST Anwar tetapi lagu ini adalah menggambarkan Wan Azizah dan secara amnya untuk wanita yang setia dalam mencintai pasangan mereka.
Boleh kongsikan pengalaman Siti ketika proses rakaman lagu OST Menjaga Cintamu dan bekerjasama dengan komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto?Saya merakamkan lagu ini selama satu jam dan Andi Rianto sendiri yang menjaga vokal dan menerbitkannya. Jujurnya, Andi terkejut, kerana biasanya proses rakaman dua jam atau lebih.
Saya juga gementar kerana ini pertama kali saya bekerja dengan Andi dan menyampaikan pula lagu ciptaan komposer hebat ini. Namun lagu tersebut memang senang masuk ke hati dan dapat saya nyanyikan dalam tempoh tidak begitu lama.
Sebagai penyanyi berpengalaman luas, bagaimana proses rakaman lagu itu di studio, Siti ada berdepan dengan cabaran untuk menyampaikan lagu itu?Semestinya ada cabaran tersendiri. Suara saya sebenarnya masih belum pulih akibat pro-long Covid-19. Tetapi saya berusaha sebaik mungkin untuk menyampaikan lagu Menjaga Cintamu.
Apakah perbezaan bekerjasama dengan komposer Indonesia seperti Andi berbanding dengan komposer tempatan?Bagi saya setiap kali masuk studio, pasti ada pengalaman baharu. Saya bersyukur kerana sering menyanyikan lagu-lagu daripada komposer Indonesia dan sedikit sebanyak, sudah memahami cara mereka bekerja.
Apabila menyampaikan lagu, mereka tentunya mahu yang terbaik daripada penyanyi dan memberi tunjuk ajar, begitu juga dengan Andi.
Filem Anwar: The Untold Story adalah projek usahasama produksi Malaysia-Indonesia. Apakah faktor utama Siti berminat untuk bekerjasama dalam filem ini, mungkin soal bayaran?Saya adalah penyanyi dan tugas saya adalah menyanyi. Saya juga mempunyai peminat di Indonesia. Saya menyanyikan lagu ini kerana saya menyakini kekuatan lagu ini dan juga tertarik dengan mesej kesetiaan seorang insan bernama Wan Azizah dan wanita lain di luar sana.
-Utusan Online
No comments:
Post a Comment