foto pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad
PUTRAJAYA, 5 April 2023 – Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan kekecewaannya apabila ada orang Melayu berpendapat bahawa orang Melayu tak mungkin bersatu.
“Mereka yang berpendapat seperti ini tentu akan tolak sebarang usaha untuk menyatupadukan orang Melayu.
Menurut Dr Mahathir jika orang Melayu menolak perpaduan maka mereka akan menyokong orang yang mengutamakan kepentingan diri, untuk dapat duit dan jawatan melalui politik.
“Mereka akan sokong perpecahan yang sedang berlaku di kalangan orang Melayu. Mereka akan sokong orang yang utamakan kepentingan diri, orang yang berjuang untuk dapat duit dan jawatan melalui politik, orang yang undi kerana sogokan.
“Jangan pedulikan siapa yang sogok asalkan disogok. Yang menyogok tentulah orang yang berduit, walaupun duit itu dicuri.
Beliau menambah bahawa mereka yang menyogok akan menang dan mendirikan kerajaan.
“Kerajaan oleh pencuri, perasuah akan curi duit kerajaan, akan pinjam berbillion untuk dicuri.
“Akan bertambahlah hutang yang tak dapat dibayar. Ujarnya lagi.
Mahathir juga berkata, lagi berpecah orang Melayu, lagi ramai yang akan curi duit untuk sogok, lebih banyaklah duit buta yang akan didapati oleh orang Melayu. Ujarnya – malaydaily.com
No comments:
Post a Comment