Statusnya sebagai isteri kepada ahli politik terkenal membuatkan pelakon Datin Seri Zizie Izette Abd Samad,44, perlu kekal cantik dan menawan setiap masa.
Baru-baru ini, pelakon itu dilihat tampil bergaya dengan beberapa persalinan baju raya bagi menyambut hari lebaran.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila dia juga dilihat tampil tidak lagi berhijab selain meluahkan rasa sudah tidak peduli dengan kecaman netizen berikutan pilihan hidupnya itu.
Saya berada pada usia di mana kalau kamu suka saya, sukalah dan kalau tak, saya tak kisah kerana saya tiada sebarang masalah dengan sesiapa sejak awal. Kalau tak suka, itu masalah kamu.
Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Mokhtar itu kelihatan cantik dan berbeza sekaligus meraih pujian ramai.
Zizie juga mengucapkan selamat hari raya kepada peminat yang tidak putus-putus menyokong dan meminatinya meskipun sudah tidak lagi aktif berlakon di pentas hiburan tempatan.
-Beautiful Nara
No comments:
Post a Comment