SUMEDANG: Video yang menunjukkan sepasang suami isteri warga emas berjalan kaki di Tol Cisumdawu kelmarin menjadi tular dalam media sosial di negara ini.
Pasangan suami isteri yang ditemukan anggota polis itu memaklumkan, mereka berjalan kaki ke Rancakalong untuk bertemu dengan anak dan cucunya.
Menerusi video tersebut, suami isteri itu memberitahu, mereka membuat keputusan untuk berjalan kaki di tepi lebih raya kerana terlalu rindu dengan cucu dan tidak sabar untuk berjumpa dengannya.
Pasangan itu juga memaklumkan, keputusan tersebut dibuat kerana mereka tidak mempunyai duit mencukupi untuk menaiki bas.
Sehubungan itu, anggota polis yang membuat rondaan meminta pasangan warga emas itu berhenti berehat sebelum menghantar mereka ke destinasi yang dituju.
Dalam pada itu, polis Sumedang menyatakan, keluarga pasangan warga emas itu sudah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
Jelas anaknya, dia dan suami sudah mengunjungi rumah ibu bapanya pada hari raya yang lepas.
“Saya tidak tahu mengapa mereka sanggup berjalan di tepi lebuh raya untuk datang ke rumah kami.
“Kami sudah berjumpa pada hari raya yang lepas dan mujur ibu bapa saya ditemukan polis. Bagaimana jika mereka diapa-apakan oleh orang jahat?,” kata anaknya yang enggan dedahkan identiti.-UTUSAN
No comments:
Post a Comment