Pelakon jelita, Nadia Brian mengakui dirinya agak sukar untuk mendapat kekasih gara-gara terlalu sibuk bekerja dan komited bergelar seorang pelakon dan juga usahawan.
Kata Nadia, tiada lelaki yang berani mendekati dirinya mungkin kerana status dirinya sebagai seorang selebriti dan terlihat agak ‘high maintenance’.
Mungkin lelaki takut mendekati saya kerana lihat saya berkerjaya atau high maintenance. Mungkin itu persepsi mereka, janganlah takut atau bagi alasan, sebalik beruntung saya tidak menyusahkan sesiapa.
Pelakon filem EVA itu turut menyenaraikan kriteria calon suami yang diingini antaranya mempunyai kecenderungan dalam bidang perniagaan, kelakar dan penyayang.
Saya mengharapkan lelaki yang minat pada perniagaan supaya sama-sama boleh beri motivasi dan bimbing dengan misi yang sama.
Selain itu, saya juga minat lelaki yang penyayang dan kelakar. Dapat lelaki kelakar boleh buat saya gelak dan tidak stress.
Sekadar info, Nadia pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan pada 9 November 2019 namun bercerai setahun kemudian.
-Beautiful Nara
No comments:
Post a Comment