Tak tahulah samaada di terlupa atau buat-buat lupa yang sebelum ini Sanusi sendiri ada menganjurkan program berbuka puasa untuk anak Kedah di perantauan di IDCC Shah Alam..
Kata Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Sharif, sebelum mengecam program Anwar, Sanusi sendiri mengadakan majlis di Shah Alam atas nama kerajaan negeri.
“Nak tanya Sanusi, sewaktu Sanusi adakan program berbuka puasa untuk anak Kedah di perantauan di IDCC Shah Alam pada 9 April 2023 hari tu guna duit siapa?“Tak membazir ka buat program seperti itu? Program itu bukan kempen ka?” tanya bekas calon PH di Jerai itu.“Jika Perdana Menteri buat 6 kali membazir, Sanusi buat sekali pun tetap membazir.“Bezanya sekali dengan 6 kali. Bazir tetap bazir jika nak kira bazir.“Jangan kerana orang lain buat kita kata membazir tapi kita konon atas nama Parti Islam tidak membazir,”
Kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula, peruntukan menyediakan makanan seperti ketupat, lemang serta sate pada majlis itu tidak melibatkan kos yang tinggi apatah lagi kerajaan tidak boleh berkira-kira untuk menjamu rakyat makan.
"Rumah terbuka nak sambut raya dengan rakyat tak usah kira sangatlah, apa sangat nak jamu ketupat, lemang kepada rakyat."Jadi tak ada isulah saya nampak… membazir apa? Nak jamu ketupat… lemang, apa yang membazir itu? Ketupat dan lemang berapa duit."Ada makanan (antaranya) lemang, ketupat, sate. Itu menu yang saya sahkan semalam, akan ada (juga) gerai-gerai, ada cendol, ada ais kacang, berapa duit sangat, tak membazirlah insya-Allah,"
Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri dianggap lebih jimat berbanding penganjurannya hanya diadakan setempat sahaja seperti dilakukan kerajaan Persekutuan sebelum ini kata MB Selangor..
SHAH ALAM - Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri dianggap lebih jimat berbanding penganjurannya hanya diadakan setempat sahaja seperti dilakukan kerajaan Persekutuan sebelum ini.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, soal berlakunya pembaziran hanya dibangkitkan Perikatan Nasional (PN) semata-mata.Mengambil contoh di Selangor, katanya, kerajaan negeri merekodkan perbelanjaan lebih rendah apabila penganjuran rumah terbuka Aidilfitri buat kali pertamanya diadakan di sembilan daerah di negeri itu pada tahun lalu."Setiap tahun, kerajaan Selangor membelanjakan lebih RM1 juta bagi penganjuran rumah terbuka di negeri ini pada tahun 2016, 2017, 2018 dan 2019."Namun, tahun lalu perbelanjaan negeri hanya RM900,000 dengan kadar RM100,000 setiap daerah," katanya dalam satu kenyataan di Twitternya pada Isnin.Amirudin menjelaskan, penganjuran rumah terbuka di setiap daerah di negeri Selangor juga dapat dilaksanakan dengan kerjasama agensi di peringkat daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT).Menurut beliau, program seperti itu juga dapat memberi peluang kepada masyarakat di daerah lebih mudah hadir tanpa perlu bersesak dan memandu jauh ke lokasi rumah terbuka negeri."Contohnya penduduk Sabak Bernam memerlukan dua jam untuk sampai ke Shah Alam atau lokasi lain jika dibuat di satu-satu tempat," jelas beliau.Sehubungan itu, katanya, orang ramai diundang untuk bersama-sama memeriahkan Jelajah Kita' Selangor Aidilfitri yang mula diadakan pada Jumaat ini di sembilan lokasi di Selangor.Malah, katanya, rakyat juga boleh datang beramai-ramai pada Jamuan Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak jam 8.30 malam pada 14 Mei depan."Jamuan itu sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor dan saya percaya majoriti rakyat Selangor berbesar hati kehadiran Perdana Menteri dan jemputan ke majlis tersebut," ujar beliau - SH
No comments:
Post a Comment