Kata sumber itu, suspek yang direman dipercayai bertindak sebagai runner bagi mengutip rasuah daripada ejen-ejen tertentu untuk diberikan kuota pengambilan pengambilan pekerja asing.
“Wang rasuah berkenaan dipercayai kemudiannya akan diserahkan kepada menteri berkenaan.
“Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan SPRM berhubung dakwaan tersebut,” katanya di sini semalam.
Mengulas lanjut kata sumber itu, SPRM juga dipercayai telah mengesan dan mengenal pasti individu yang memberi wang berkenaan kepada pegawai terbabit untuk siasatan lanjut.
Difahamkan, individu berkenaan juga telah direman bagi membantu siasatan.
“Kedua-dua suspek yang ditahan akan direman selama tujuh hari sejak semalam sehingga 17 April ini.
“Siasatan yang dilakukan mengikut Akta SPRM bergantung kepada hasil keterangan,” jelasnya.
Sementara itu, Sivakumar mengesahkan SPRM telah menahan seorang pegawai kanan beliau ketika serbuan di kementerian itu di Putrajaya, pagi semalam.
“Saya maklum berkenaan penahanan pegawai daripada pejabat saya. Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan pihak SPRM, saya tidak dapat memberikan sebarang komen berhubung perkara ini.
“Saya dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memberi kerjasama penuh kepada agensi siasatan sekiranya diperlukan,” katanya dalam kenyataan akhbar, semalam. – UTUSAN
No comments:
Post a Comment