KUALA LUMPUR: Presiden Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa mengingatkan rakyat agar berwaspada dengan penjajahan ideologi bentuk baru yang kini kian membesar.
Katanya, dulu rakyat berperang secara fizikal bagi menghalang penaklukan pihak yang membawa ideologi terasing, khususnya komunisma (satu bentuk sosialisma dan menolak Agama).
“Hari ini cabaran sudah berbeza. Penaklukan fizikal dan ketenteraan mungkin sudah tiada, tapi penjajahan ideologi bentuk baru dan secara politik yang dirancang halus dan tanpa kita sedar oleh kader-kader dan pewaris fahaman yang sama atau hampir sama, kini semakin membesar.
“Cabaran sudah berbeza. Mereka bukan lagi di hutan atau beruniform, tapi mungkin disekeliling kita yang berpakaian biasa atau mungkin bergentanyangan di alam maya.” Ujar Annuar Musa di Facebooknya sempena Sanbutan Hari Pahlawan, pada Isnin.
Jelas Annuar, sambutan Hari Pahlawan yang disambut pada 31 Julai setiap tahun adalah sempena tamatnya darurat menentang komunis (secara bersenjata).
“Ramai perajurit telah gugur dibunuh pengganas, ramai yang cedera dan cacat kekal dan ribuan anggota keselamatan berkorban demi selamatkan rakyat dan negara.
“Jasamu tetap kami kenang. Pengirbananmu menyekat kemaraan ketenteraan dan pembawa ideologi terasing akan kami susuli bersamamu…
“Teruslah berjuang, Al-Fatihah buat pahlawan yang beragama Islam, RIP (rest in peace) buat perajurit bukan Islam.
“Selamat Hari Pahlawan kepada semua pahlawan negara.” Ucapnya.-SUARATV
No comments:
Post a Comment