“Dalam cabaran yang kita hadapi sekarang, ketika Umno dilanda penolakan orang Melayu, Umno, MIC, MCA dan PBRS harus bangun semula dapatkan dokongan rakyat,” Zahid dilaporkan berkata dalam Berita Harian pada majlis pelancaran pembinaan bangunan baharu MIC di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir Presiden MIC SA Vigneswaran dam timbalannya M Saravanan.
“(Penolakan) ini memberi landskap yang tidak sihat (kepada negara). Sokongan (kepada BN) yang merudum pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) boleh dibina semula,” jelas Zahid.
Zahid turut menegaskan gabungan BN tidak boleh mempunyai agenda untuk meminggirkan antara satu sama lain dalam usaha membina semula sokongan rakyat kepada BN.
“Lebih baik tidak ada agenda untuk meminggirkan antara satu sama lain. Kita kena sokong antara Umno, MIC, MCA dan PBRS serta rakan dalam Friends of BN.
“Sejarah sering ada putarannya. Kita sedang hadapi penolakan ini, yang agak ke bawah (kedudukan BN). Tapi tidak selalunya yang di bawah ini akan terus di bawah kalau kita ada usaha untuk naikkan,” katanya.
Zahid berdepan gesaan supaya meletakkan jawatannya sebagai presiden Umno susulan keputusan buruk dialami parti itu dalam PRN di enam negeri baru-baru ini.
Kebanyakan kerusi Umno kalah di tangan PAS atau Bersatu dari PN.
Sementara itu Zahid berkata, kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dianggap jalan terbaik memulihkan semula imej gabungan itu, di samping memerlukan komitmen tinggi parti komponen di semua peringkat.
“Saya yakin BN akan bangkit semula selepas cabaran ini kita hadapi dan dapat diatasi. Apa yang terbaik adalah rangkaian (kerjasama) kita dalam PH.
“Kombinasi kita dengan PH walaupun belum menampakkan keyakinan yang baik, (namun) tempoh ini baru sembilan bulan bagi BN dan rakan dalam PH untuk bina semula sokongan.
“Komitmen bukan hanya (diperlukan dari) kepimpinan atasan, tapi di semua peringkat tidak kira nasional, negeri, Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) wajib kita susun semula dan kembalikan keyakinan ini,” kata ahli Parlimen Bagan Datuk itu - TMI
-Anak Sungai Derhaka
No comments:
Post a Comment