Kuala Lumpur: Polis akan memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk dirakam keterangan kerana mempamerkan kertas undi pada Pilihan Raya Negeri, baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, semua pihak perlu memberi peluang kepada polis untuk menyiasat kes ini.
Beliau berkata, pihaknya akan panggil Muhammad Sanusi untuk dirakam percakapan.
"Siasatan dijalankan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Polis tidak akan menganiayai sesiapa dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara," katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sini, hari ini.
Razarudin berkata, bagi membuat pertuduhan, ia bukan diputuskan pihaknya, tetapi polis akan membuat cadangan kepada Peguam Negara selepas melihat keterangan.
"Kita juga takkan hendak memandai tambah keterangan dan terpulang kepada Pejabat Peguam Negara untuk tuduh atau tidak," katanya.
Terdahulu, media melaporkan Sanusi didakwa menayangkan kertas undi kepada petugas media yang membuat liputan ketika beliau menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sik, Kedah.
-myMetro
Nota: Apa pula dengan kes serupa yang dilakukan oleh Tok Mat Hasan di rantau....Tolongla jangan double standard
No comments:
Post a Comment