Tokyo: Seorang ahli dewan tertinggi di Parlimen Jepun meletak jawatan sebagai ketua Bahagian Hal Ehwal Wanita daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) selepas menerima kecaman akibat tindakannya memuat naik gambar seperti pelancong ketika lawatan rasmi di Perancis.
The Straits Times melaporkan, gambar itu dimuat naik oleh Rui Matsukawa, ketika dalam lawatan penyelidikan bersama lebih 30 peserta lain, antara 24 dan 28 Julai lalu,
Ketika lawatan itu, ahli LDP bertukar pendapat dengan ahli dua dewan Parlimen Perancis mengenai isu seperti penurunan kadar kelahiran.
Pada 27 Julai lalu, wanita berusia 52 tahun itu memuat naik beberapa gambar seperti pelancong di media sosial.
Ia termasuk gambar dirinya dan dua peserta lain meniru bentuk Menara Eiffel di hadapan mercu tanda itu.
Gambar yang sudah dipadamkan itu menerima kecaman hebat dalam talian daripada pembayar cukai yang mempertikaikan bahawa cukai bukan untuk penggubal undang-undang menikmati trip melancong yang menyeronokkan, lapor media Jepun.
Matsukawa juga memuat naik gambar lain, seperti yang diambil di dalam Istana Luxembourg, Paris.
Gambar lain yang dimuat naik juga dipadamkan, lapor media Jepun.
Menerusi hantaran di media sosial, Matsukawa memaklumkan dia berada di Perancis untuk lawatan sambil belajar.
"Gambar apa ini? Ia membuat saya menangis. Jika melancong dengan rakan kamu, sila pergi dengan perbelanjaan kamu sendiri," tulis seorang netizen di laman sosial.
"Bagaimana dia boleh memuat naik gambar itu ketika orang ramai bergelut dengan kenaikan cukai dan harga (barang) yang tinggi?," kata netizen.
Susulan isu berkenaan, Matsukawa memohon maaf dan menjelaskan bahawa kos perjalanan untuk lawatan itu ditanggung oleh partinya, dan setiap peserta membayar perbelanjaan mereka sendiri.
"Saya minta maaf kerana hantaran saya menyebabkan salah faham mengenai program latihan, walaupun ia serius dan penting," katanya dalam hantaran di Facebook.
Ketika sidang media pada Selasa, setiausaha agung LDP, Toshimitsu Motegi berkata, apa yang berlaku menggugat kepercayaan orang ramai dan ahli parti.
Tiada pengganti Matsukawa buat masa ini, menurut laporan akhbar The Asahi Shimbun, Selasa lalu.
-myMetro
p/s:Kat Malaysia dah jadi kes besar mahkamah pun masih keras nak kekal jawatan kan.Contohilah yang baik dari negara Jepun demi masa depan rakyat
No comments:
Post a Comment