Kuala Lumpur: Seorang individu tampil memberi penjelasan mengenai tindakannya membawa kumpulan pelajar tahfiz ke konsert KEPCI Music Fest di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.
Andrie Ung Han Xiang yang mengakui dia adalah individu membawa pelajar terbabit ke festival itu berkata, pihak penganjur termasuk kerajaan tidak terbabit dengan kehadiran mereka.
Menurutnya, dia bersama rakan berjaya mengumpul sumbangan bagi membawa kira-kira 700 anak yatim dari 22 rumah kebajikan seluruh negara ke festival itu.
"Inisiatif ini adalah sepenuhnya daripada kami yang ikhlas untuk memberi peluang kepada anak yatim yang kurang berkemampuan merasai pengalaman menghadiri festival itu.
"Tujuan kami ikhlas menjemput mereka bersama memeriahkan festival yang turut menyediakan permainan kanak-kanak dan aktiviti lain serta konsert, selain boleh dihadiri semua masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu susulan tular di media sosial rakaman video menunjukkan kehadiran pelajar tahfiz menonton konsert di festival hiburan itu.
Video berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Mengulas mengenai video tular itu, Andrie berkata, pelajar memakai jubah hijau dan berserban putih adalah dari sebuah pusat tahfiz di TTDI Jaya, Selangor.
Katanya, mereka adalah anak pelarian Rohingya yang hampir tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Andrie berdukacita atas ketidakpuasan hati dan menyinggung perasaan pihak tertentu yang terkesan dengan isu itu.
-myMetro
p/s:Siapa Andrie ni?
Kenapa dia yang buat dan mengaku?
No comments:
Post a Comment