KUALA LUMPUR- Akaun bank milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan ahli keluarganya dipercayai dibekukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Lapor BH pada Khamis, difahamkan pembekuan itu dilakukan pihak terbabit semalam dan tindakan itu dipercayai sebahagian daripada siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hamzah berhubung kes rasuah RM15 juta.
Sumber berkata, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu akan memberikan kenyataan berhubung dakwaan berkenaan hari ini.
Terdahulu, Hamzah dilapor menghantar surat tuntutan terhadap Kerajaan Malaysia dan SPRM kerana dakwaan mengaitkan beliau dengan kes rasuah RM15 juta membabitkan seorang ahli perniagaan.
Bekas Menteri Dalam Negeri itu dilapor berkata, surat tuntutan itu sudah dihantar peguamnya kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, SPRM dan Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Peguam Negara.
Surat itu menuntut supaya semua pihak terbabit menghentikan politik sebelah pihak dan beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai satu bentuk kezaliman.
Pada 10 Mei lalu, ahli perniagaan, Sim Choo Thiam mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan terhadap empat tuduhan dihadapinya.
Bagi tuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan wang berjumlah RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad pada Jun 2021.
Ia sebagai dorongan untuk seorang pegawai badan awam iaitu Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan apa-apa projek milik agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jun 2021.
Dia juga didakwa dengan tiga lagi tuduhan iaitu menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang tunai berjumlah RM15 juta daripada individu sama sebagai dorongan untuk Hamzah melakukan perkara sama.
-suara.tv
No comments:
Post a Comment