Dari petang semalam, kecoh mengenai Skim Insuran Am Selangor apabila didapati pengundi selangor secara automatik didaftarkan.
Ramai memetik mengenai 'data breach', mereka pelik bagaimana kerajaan negeri selangor boleh meletakkan nama dan no ic mereka ke dalam insuran tersebut.
Siapakah yang menguruskan insuran ini? Ia diuruskan oleh Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd.
Ini laporan berita:
"Aplikasi Wavpay dibangunkan Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd, sebuah syarikat dalam Kumpulan MBI yang berperanan sebagai pengendali perkhidmatan berkenaan." Berita Harian Disember 2, 2022
Nampak seperti syarikat milik MBI, tetapi bila diselidiki melalui SSM, saya mendapati pemegang saham terbesar bukanlah MBI.
Syarikat yang menguruskan Skim Insuran Selangor itu merupakan WAVPAY FINTECH HOLDING SDN. BHD. 51% dimiliki oleh CT Frank Technology Sdn Bhd, manakala 49% dimiliki oleh MBI.
Dekat sini dah tak berapa betul. Sepatutnya ia dimiliki oleh MBI, merekalah sepatutnya pemegang saham terbesar.
Siapa pemegang-pemegang saham CT Frank Technology Sdn Bhd pula?
Korang tengok sendiri. Berlapis-lapis. Semua mereka majoriti alamat di Pulau Pinang.
rujukan ini diambil dari SSM. Ini 1/5. Pemegang saham Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd
Sumber petikan: https://facebook.com/100090258762986/posts/pfbid03phGCjJrL2kFku8i7BsHUB2euLGvDBuxqMa7D7RryiT4c8vvUysScGWYcFP9yFENl/?mibextid=YCpiuZ…
Translate post
No comments:
Post a Comment