Chow berkata, beliau mengharapkan semua exco baru dilantik melepaskan kepentingan perniagaan mereka seperti dikehendaki undang-undang.
Sundarajoo, yang julung kali menjadi Adun, adalah bekas ketua pegawai operasi pemaju hartanah, Eco World Sdn Bhd dengan pengalaman lebih 31 tahun dalam industri hartanah.
Dalam perkembangan lain, Chow mendedahkan Barisan Nasional (BN) hanya menyerahkan nama Adun Sungai Acheh Rashidi Zinol untuk jawatan exco.
Semalam, sumber Umno memberitahu, beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang mahu Rashidi dilantik timbalan ketua menteri, bukan Adun Bertam yang juga bekas menteri persekutuan Reezal Merican Naina Merican.
Nama Reezal tiada dalam senarai exco agak mengejutkan.
Sementara itu, Chow berkata, Amanah minta diberikan satu jawatan exco, tetapi kepimpinan Pakatan Harapan (PH) berlainan pandangan.
Justeru, katanya, Adun Bayan Lepas daripada Amanah Azrul Mahathir Aziz akan dilantik timbalan speaker DUN dan beliau tidak menyebut siapa akan dilantik speaker baharu.
Beliau berkata, pelantikan exco berdasarkan jumlah kerusi dimenangi setiap parti dan bagi DAP, Adun berkhidmat dalam penggal kedua atau ketiga diutamakan.
Tetapi katanya, Sundarajoo dikecualikan kerana berdasarkan pengalaman industrinya.
Terdahulu, Chow menyaksikan majlis angkat sumpah 10 exco di hadapan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Fuzi Razak - FMT
No comments:
Post a Comment