KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli akan mendapatkan penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkenaan dakwaan Perikatan Nasional (PN) kononnya kerajaan memberikan kewarganegaraan kelada 54,000 warga China.
“Saya akan bercakap dengan Menteri KDN sendiri supaya satu laporan polis dibuat mengenai hantaran ini yang jelas satu criminal defamation (undang-undang jenayah fitnah).
“…”dalam proses diberi kerakyatan” adalah penipuan.
“PAS perlu bertanggungjawab bila berterusan berbohong begini,” tegas Timbalan Presiden PKR itu di Facebooknya pada Isnin.
Merujuk poster grafik dengan logo PN itu mencatat
SPRM sila siasat Menteri Kementerian Dalam Negeri, KDN, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)!
“Isu 54,000 warga China dalam proses diberikan kewarganegaraan adalah sangat serius.
SPRM perlu siasat segera,” catat hantaran itu.
-suara.tv
No comments:
Post a Comment