KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud dan beberapa gegaran susulan menggegarkan Bali serta pulau-pulau Indonesia lain pada awal pagi tadi.
Bencana itu mencetuskan panik dalam kalangan penduduk dan pelancong namun dilaporkan tidak menyebabkan kerosakan besar.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGC), gempa itu berlaku pada kedalaman sekitar 515 kilometer (km) di luar pantai timur laut Bali kira-kira pukul 3.55 pagi (waktu tempatan).
Gegaran dirasai di seluruh Bali dan juga di pulau berdekatan Lombok dan Sumbawa.
Seorang penduduk Bali berkata, gegaran susulan kedua menyebabkan berlakunya `gegaran lebih kuat’ berbanding yang pertama.
Terdahulu, USGC melaporkan gempa susulan berukuran 5.4 magnitud dan 5.6 magnitud berlaku beberapa minit selepas gempa awal.
Beberapa hotel memindahkan pelanggan mereka ketika kakitangan memamtau keadaan pantai kerana bimbang tsunami mungkin terjadi.
Sementara itu, pihak berkuasa Indonesia menolak kemungkinan berlaku kejadian tsunami.
Malah, jelasnya, setakat ini, tiada kerosakan segera dilaporkan. – AFP
No comments:
Post a Comment