Sementara itu, Shahril berkata semakin ramai bekas penjawat awam menjadi calon PN termasuk Dr Mohd Mazri Yahya di Simpang Jeram, menunjukkan trend kakitangan kerajaan ketika ini memihak kepada pembangkang.
Mazri adalah bekas pegawai di Kementerian Kesihatan dan pakar bedah vaskular dan endovaskular.
“Trend penjawat awam semakin jelas memihak kepada PN bukan sahaja PRN (enam negeri) tetapi berlaku di PRU15.
“Banyak saluran tunjuk tentera memihak kepada PN. Sesetengah tempat polis pihak pada PN dan kerusi penjawat awam di Putrajaya dimenangi PN,” katanya.
PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi itu kerana kematian penyandangnya Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan undi awal pada 5 Sept dan 9 Sept ini sebagai hari pengundian - FMT
-Anak Sungai Derhaka
No comments:
Post a Comment