Kekejaman pengganas Komunis di Tanah Melayu tidak mengenal bangsa walaupun majoriti ahli Parti Komunis Malaya adalah orang Cina, terdapat juga orang-orang Cina yang setia kepada kerajaan turut menjadi mangsa kekejaman pengganas komunis. Dibawah ini coretan peristiwa tragis yang menimpa keluarga Zai VM yang menyaksikan ramai ahli keluarganya dibunuh oleh pengganas Komunis.
Kekejaman komunis..
Assalamualaikum..izinkan sy bercerita sedikit tenang sejarah kekejaman komunis Kpd keluarga saya utk Kita sama2 ambil iktibar.. pada tahun 1947 datuk saya liang Pak telah terbunuh akibat komunis.. beliau adalah seorang kapitan cina yg menguasai Bahau di n9.. mengikut sejarahnya beliau yg seperti tertulis..beliau adalah pengurus ladang dunglop ( geddes ) ladang getah yg terbesar didunia ketika itu.. disamping itu beliau memiliki tanah 200 hektar tanah Dan menguasai emas serta komoditi serta pelbagai perniagaan2 utama.. mengikut org kg.. Tuanku Abd Rahman..agung pertama Kita selalu datang kerumah beliau atas urusan apa tidaklah saya pasti.. mendiang juga ingin dibekalkan oleh Tuanku ketika itu senjata tetapi ditolak oleh beliau..kerana beliau adalah ketua Dan pengamal seni kunfu mempunyai 1000++ anak murid Dan yakin dgn pengikut beliau mampu mengatasi bahaya..
tahun 1990 keluarga ini bertemu kembali setelah nenek kembali ke jelebu..Ibu sy bertemu kembali dgn ibunya setelah terpisah 50 tahun.. buku keturunan ini saya dapat setelah nenek mati baru2 ini adalah susur galur datuk ribuan tahun dari china sehingga kini.. buku ini diserahkan dari taiwan oleh org2 datuk saya pada 1998 kepada nenek.. nenek lari dari klang kerana pihak dari taiwan ingin mengetahui siapa pembunuh datuk Dan mencari.. hanya nenek yg mengetahui pembelot talibarut komunis.. demi kebaikan nenek melarikan diri sekali lagi sehingga mati.. semoga menjadi pengajaran tentang kejahatan komunis .. Alhamdullilah kini keluarga telah ditemui kecuali seorg adik mak.. semoga Allah memberkati keluarga saya dari dilanda tragedi2 begini lagi angkara komunis..Amin..
No comments:
Post a Comment