Ia selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Jailani Khamis menggunakan saluran parti menyuarakan pandangan berhubung pelantikan Ab Rauf Yusoh.
PETALING JAYA: Adun Rembia, Jailani Khamis mendakwa terpaksa menggunakan saluran luar parti untuk menyampaikan aduannya berhubung pelantikan ketua menteri Melaka baharu selepas tidak diendahkan Umno.
Ini kerana, katanya, pelantikan Ab Rauf Yusoh sebagai ketua menteri menggantikan Sulaiman Md Ali memungkiri janji dalam manifesto Umno/Barisan Nasional pada PRN Melaka 2021.
“Saya sudah mengikuti semua saluran dalaman, tetapi tidak diendahkan. Sebab utama saya tidak mahu berlaku pertukaran ketua menteri kerana ia janji manifesto Umno/BN ketika PRN.
“Dan juga peribadi calon yang akan menggantikan Sulaiman haruslah sekiranya berlaku, mestilah orang yang berintegriti, tapi semua aduan ini tidak diendahkan,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menasihatkannya menggunakan saluran dalam parti untuk menyuarakan pandangan berhubung pelantikan Rauf.
Pengerusi BN itu dilaporkan berkata, pihaknya menyerahkan kepada Rauf, yang juga ketua Umno Melaka untuk membuat ketetapan berhubung tindakan Jailani.-FMT
No comments:
Post a Comment