Tidak dinafikan, mereka yang lebih popular dengan jumlah pengikut yang ramai dan memiliki paras rupa yang cantik sering mendapat kelebihan dalam industri hiburan. Malah, isu ini pernah menjadi perdebatan hangat dalam kalangan penggiat seni.
Baru-baru ini, pengacara dan bekas penyampai radio, Hani Fadzil berkongsi satu tangkap layar WhatsApp di Twitter, mengatakan dirinya gagal mendapatkan tugas pengacaraan.
Menerusi tangkap layar perbualan itu, Hani dimaklumkan tidak mendapat tugas pengacaraan sebuah acara disebabkan imejnya tidak seksi. Namun, Hani membalas bahawa dia faham sesetengah pelanggan mempunyai pilihan mereka sendiri.
Tidak menyangka ciapannya telah menarik perhatian ramai, Hani dalam ciapan lain mengatakan hanya mahu berkongsi hal ini kerana itulah realiti yang perlu dihadapi dalam industri tersebut.
Dia turut mendedahkan pernah ditolak kerana tidak cukup pengikut dan tak cukup cantik mengikut kriteria mereka, namun semua ini membuatkan dirinya tidak akan pernah berputus asa.
“Sekadar ingin berkongsi kerana ini adalah realiti yang kita lalui. Saya juga sebelum ini pernah dapat “sorry tak cukup followers”, “sorry you bagus tapi tak cukup cantik”. Tapi, saya tidak pernah putus asa,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berasa terkejut apabila ada pihak yang lebih mahukan imej seksi berbanding memandang pada bakat.
Ada juga yang berkongsi mendapat pengalaman sama, mendedahkan pernah diminta untuk membuka hijab ketika temuduga kerja.
Dalam pada itu, netizen juga bersimpati dengan situasi yang dihadapi Hani dan berharap ada peluang yang lebih baik sesuai dengan bakatnya.
Mungkin mereka ada sebab kenapa lebih memilih imej seksi, namun bagi admin janganlah terlalu jujur.
-Lobak Merah
No comments:
Post a Comment