SEOLAH-OLAH tiada kesudahan, kes buli terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah dilihat semakin menjadi-jadi.
Terbaharu, muncul video aksi pelajar lelaki bertindak memijak, menendang dan menumbuk seorang rakan sekolahnya secara bertubi-tubi.
Video berdurasi seminit 21 saat itu dikongsikan menerusi laman Twitter Malaysia Most Viral pada Ahad.
Menerusi rakaman tersebut, kejadian buli itu dipercayai dilakukan di dalam surau.
Si pembuli juga dilihat dengan santai duduk di atas mangsa sambil memukul dan menekan-nekan muka mangsa dengan penumbuknya.
Pelajar berkenaan seolah-olah tidak berpuas hati apabila mangsa tidak cuba untuk bangkit dan melawannya.
Mangsa yang dipukul dan ditendang berkali-kali oleh pembuli berkenaan dilihat berada dalam keadaan ketakutan dan tidak berdaya untuk melawan.
Bagaimanapun, menurut sumber orang awam, ia difahamkan berlaku di Maktab Omar Ali Sfuddin, iaitu salah sebuah sekolah di Brunei, namun tidak dinyatakan tarikh sebenar kejadian berkenaan.
Lebih mendatangkan kemarahan netizen, video itu turut dirakam oleh beberapa orang rakan si pembuli sambil diperhatikan pelajar lain. — Majoriti
No comments:
Post a Comment