Seorang pegawai polis dikenali sebagai Inspektor Sheila telah menjadi perbualan hangat netizen selepas beberapa video memaparkan dirinya tular di media sosial
Terkini, Inspektor Sheila atau nama penuhnya, Sheila Sharon a/p Steven Kumar telah hadir ke Mahkamah Majistret Selayang bagi tujuan menjalani prosiding atas tiga pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.
Bagaimanapun, pegawai polis berusia 34 tahun itu mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut.
Dalam pada itu, Inspektor Sheila telah mempertikaikan tindakan anggota yang membuat penahanan terhadap dirinya.
Malah, pegawai polis itu mempersoalkan penggunaan gari yang menyebabkan kesan pada pergelangan tangannya walaupun dia telah hadir ke Mahkamah mengikut protokol yang ditetapkan.
ARTIKEL BERKAITAN:Berdepan Tiga Pertuduhan, Riak Wajah Inspektor Sheila Di Mahkamah Raih Perhatian – “Muka Tetap Angkuh”
Bukan itu sahaja, pegawai polis berkenaan turut mendakwa terdapat pihak yang berniat untuk mencalarkan maruahnya memandangkan dia sudah berkhidmat selama 7 tahun.
Saya pegawai polis, kenapa perlu digari. Adakah anda berniat untuk sabotaj saya?
-Beautiful Nara
No comments:
Post a Comment