Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad menasihati Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya menghentikan gurauan merendahkan wanita yang membuka ruang normalisasi kepada lelaki kebanyakan.
Hanya Yang Betul Betul Betul Saja
Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad menasihati Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya menghentikan gurauan merendahkan wanita yang membuka ruang normalisasi kepada lelaki kebanyakan.
Katanya, Anwar sepatutnya menunjukkan watak yang terhormat kepada rakyat tidak kira umur dan latar belakang.
“Normalisasi ini telah pun berlaku di ruang-ruang komen media sosial mempertahankan perdana menteri seterusnya menyambung lagi gurauan yang tidak beradab kepada wanita,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook.
Dalam satu majlis bersama golongan muda di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini, Anwar memuji seorang pelajar perempuan kerana kepetahannya bertanyakan soalan.
Secara berseloroh Anwar berkata dia akan meminta nombor telefon daripada pelajar berkenaan sekiranya dirinya masih muda.
Kenyataan itu menimbulkan reaksi kurang senang pelbagai pihak kerana disifatkan sebagai seksis dan merendahkan wanita.
Mengulas lanjut Siti Mastura yang juga adalah ketua pengarah Ameerah Malaysia iaitu organisasi Muslimat Muda berkata, rakyat lelaki atau wanita sepatutnya merasa selamat apabila berhadapan dengan perdana menteri menyuarakan isu-isu mereka.
“Anwar kelihatan terlalu jauh dengan watak reformis selepas menjadi perdana menteri.
“Kuasa jangan sampai melupakan batas sempadan akhlak dan tatasusila, katanya.
-MalaysiaKini
No comments:
Post a Comment