KUALA LUMPUR: Senator Abdul Nasir Idris meminta kerajaan menyatakan usaha bagi menangani isu kesihatan rakyat yang berpunca akibat perubahan cuaca dan iklim.
“Apakah mekanisme atau tumpuan pihak kementerian dalam usaha untuk mempertingkatkan promosi kesihatan bagi menangani isu kesihatan rakyat disebabkan oleh perubahan cuaca dan iklim,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika perbahasan Kertas Putih Kesihatan di Dewan Negara, hari ini.
Beliau berkata, perubahan dan kemerosotan iklim juga menyebabkan kemerosotan kesihatan secara global serta mempengaruhi taraf kesihatan rakyat terutama golongan berisiko seperti bayi, kanak-kanak dan warga emas.
“Isu fenomena alam sekitari seperti tanah runtuh, banjir, jerebu, pencemaran udara dan air akan memberikan kesan kepada kesihatan, sekali gus menambahkan beban kepada penyakit dan kos kepada negara kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/6/2023
No comments:
Post a Comment