KUALA KRAI: Penolakan ahli dan penyokong Umno terhadap Presiden parti itu tidak dapat dinafikan lagi apabila kubu kuat Umno di Dun Dabong kini berjaya ditembusi PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN).
Unit Daerah Mengundi (UDM) Kuala Geris, satu-satunya UDM di Dun Dabong di mana calon parlimen PN kalah pada PRU15 lalu. Di Dabong terdapat 12 UDM keseluruhannya.
Namun, malam tadi sebahagian besar penduduk tempatan hadir pada ceramah Jelajah Ppakat Pertahan Kelantan, yang disifatkan begitu luar biasa berbanding sebelum ini.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, situasi itu berlaku kerana Umno mensia-siakan penyatuan ummah melalui Muafakat Nasional (MN) kerana kepentingan peribadi pemimpin utama Umno.
“Kerana ingin menyelamatkan diri daripada pertuduhan rasuah, pemimpin tertinggi Umno membuat ‘onar’ sehingga sanggup mengsia-siakan kerjasama PAS dan Umno melalui MN.
“Sedangkan MN ada piagamnya yang menyebut sekiranya berlaku perselisihan, masalah dalam pakatan atau sebagainya, tempat rujukan kita bersama ialah al Quran.
“Tetapi kerana kepentingan diri pemimpin Umno yang berhadapan dengan 47 pertuduhan kes rasuah dan konco-konconya berpakat dengan musuh dan sanggup menipu rakyat Malaysia,” ujarnya pada program tersebut.
Menurutnya juga akibat tindakan itu kehadiran Umno bersama kerajaan campuran mulai muncul bibit-bibit perbalahan dengan DAP sehingga parti itu mendakwa kerajaan hari ini pakatan korup. – HARAKAHDAILY 27/6/2023
No comments:
Post a Comment