Mereka semua ditahan dalam serbuan oleh Pasukan Polis Marin Langkawi terhadap sebuah gudang yang turut menyimpan 261,060 kilogram baja.
PETALING JAYA: Lapan individu ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi semalam kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan baja subsidi dalam serbuan di sebuah gudang di Jalan Padang Hang, Alor Setar.
Kes tangkapan itu diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah untuk tindakan lanjut.
Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth, serbuan itu dilakukan 11 pagi yang membawa kepada penemuan 261,060kg baja di premis berkenaan.
“Hasil soal siasat yang dilakukan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai apa-apa kebenaran bertulis daripada pengawal bekalan berkaitan pemilikan barang kawalan berkenaan.
“Pihak PPM seterusnya bertindak menyita 261,060kg baja, sebuah lori Jenis Fuso bernombor pendaftaran tempatan, satu unit mesin jahit, satu unit alat timbang, empat buah Forklift dan satu bundle plastic baja yang disyaki digunakan untuk penyelewengan.
“Enam individu warga tempatan berusia lingkungan 18 tahun hingga 57 tahun dan dua individu bukan warganegara berusia dalam lingkungan 40 tahun ditahan bagi siasatan lanjut,” katanya lapor Berita Harian.
Beliau berkata, semua rampasan itu termasuk baja dianggarkan bernilai RM269,174 dan kes disiasat mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961.
“Kita ingin memberi amaran keras dan menegaskan kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti penyelewengan barangan kawalan ini.
“Tindakan tegas akan diambil termasuklah mendakwa mereka di mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) (Akta 613),” katanya.-FMT
No comments:
Post a Comment