Hari ini merupakan hari di mana pegawai polis wanita yang tular baru-baru ini, Inspektor Sheila akan didakwa di Mahkamah Majistret Selayang.
Tiba di mahkamah jam 8.55 pagi tadi bersama peguamnya, pegawai tersebut yang memakai sut berwarna hitam sempat membalas ‘good morning’ kepada pihak media.
Menerusi video di Twitter, Inspektor Sheila atau nama penuhnya, Sheila Sharon a/p Steven Kumar dilihat tersenyum lebar dan gayanya itu meraih perhatian warganet.
Beberapa netizen berrkata riak wajahnya menampakkan dirinya sungguh riak dan seperti tiada rasa menyesal dengan apa yang dah berlaku.
Muka masih nampak angkuh. Tak ada perasaan menyesal langsung.”
Difahakamkan, Sheila dijangka menghadapi tiga pertuduhan berhubung ugutan dan mengaibkan anggota bawahan dan orang awam.
Dia yang diwakili peguam M Manoharan dan M Hariharan itu berdepan tiga pertuduhan iaitu satu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan) dan dua tuduhan mengikut Seksyen 509 kanun sama kerana perbuatan mengaibkan.
Jika sabit kesalahan, tuduhan ugutan, Sheila boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali
Manakala bagi kesalahan mengaibkan pula, ia memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
-BeautifulNara
No comments:
Post a Comment