Gambar Hiasan
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 4.6160/6205 berbanding dolar AS daripada 4.6130/6165 pada penutup Jumaat lalu.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dagangan ringgit dijangka kekal dalam julat yang ketat hari ini berikutan ketidaktentuan yang berlaku pada kadar dana Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
“Pelabur juga akan memantau testimoni Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell kepada Jawatankuasa Ekonomi Bersama pada Khamis untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana Fed akan menetapkan dasar monetarinya pada separuh kedua 2023,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.9177/9235 daripada 5.9014/9059 pada Jumaat lepas tetapi menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2523/2557 daripada 3.2721/2748 serta mengukuh berbanding euro kepada 5.0481/0530 daripada 5.0503/0541 sebelumnya
-buletintv3.my
No comments:
Post a Comment