Utama » , , » ‘Mahalnya’ harga kemiskinan

‘Mahalnya’ harga kemiskinan

 

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Di tengah-tengah metropolis bernama Kuala Lumpur ini, sebuah premis kecil menjadi tumpuan puluhan individu yang beratur dengan tenang, sabar menunggu giliran untuk mengambil bantuan makanan, kebanyakannya adalah muka-muka biasa.

Dalam kalangan mereka,  seorang wanita menarik tumpuan. Berkulit sawo matang dengan wajah yang jelas dimamah usia, tubuh kecilnya yang melidi itu sedikit bongkok, seolah-olah memberi gambaran akan beban berat yang dipikulnya selama ini. Namun, pada usia 75 tahun – didedahkan kepada Bernama selepas beberapa pertemuan – dia masih cergas.

Ceritanya kepada Bernama, dia hanya kembali mengulangi Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku yang dikendalikan oleh Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) itu baru-baru ini, selepas beberapa tahun tidak memerlukan bantuan pusat tersebut. Katanya dia tidak ada pilihan setelah wang simpanannya habis dikebas orang.  

“Saya kena tipu RM31,000. Diorang (mereka) cakap nak kasi duit raya. Saya macam kena pukau. Saya pergi bank, sign paper (tandatangan dokumen). (Saya) Ingat dia nak masukkan duit, tapi dia keluarkan duit (saya). Semua habis,” katanya, pilu.

“Dua hari saya tak makan. (Hanya) Nangis je.”

Dia mati akal kerana dia tidak mampu bekerja dan bergantung pada bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dia berkira-kira untuk kembali ke sisi keluarganya di Kelantan, namun bimbang situasinya akan bertambah teruk.

Setidak-tidaknya di sini dia ada rumah, katanya. Dia menyewa rumah flat kos rendah pada kadar RM150 sebulan dan tinggal bersama-sama anak angkat lelaki berusia 28 tahun. Si anak yang bekerja dengan gaji harian, akan menghulurkan wang kepadanya jika ada duit. Jika tidak, mereka berdua akan bergantung pada bantuan JKM. Setakat ini anaknya masih belum dapat mencari pekerjaan tetap.

Kehilangan wang simpanan itu membuatkan kehidupan mereka umpama telur di hujung tanduk. Andainya dia atau anaknya mengalami masalah kesihatan yang besar, maka akan melaratlah hidup mereka. Malah, sekarangpun dia mengadu sakit dalam perut dan lutut.

Wanita ini melambangkan risiko dan akibat kekurangan pilihan yang dihadapi oleh kira-kira dua juta penduduk miskin tegar di Malaysia, satu masalah yang mahu dikurangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika tidak dapat dibasmi. Bagaimanapun, usaha ke arah itu dilihat amat sukar kerana terdapat banyak isu lain yang perlu ditangani secara seiring.

Harga kemiskinan

Status isi rumah di Malaysia diukur menerusi pendapatan dan dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu Kumpulan Isi Rumah Berpendapatan 40 Peratus Terendah (B40), Kumpulan Isi Rumah Berpendapatan 40 Peratus Pertengahan (M40) dan Kumpulan Isi Rumah Berpendapatan 20 Peratus Tertinggi (T20). Kategori B40 dan M40 masing-masing ada empat peringkat, sementara T20 ada dua. Bermula tahun depan, kerajaan akan menyemak semula pengkelasan pendapatan isi rumah dengan memasukkan pendapatan bersih sebagai pengukur dalam menentukan tahap kekayaan.

Kerajaan sebelum ini menyemak semula kadar garis kemiskinan kebangsaan daripada RM980 kepada RM2,208. Susulan itu, bilangan isi rumah yang berada di bawah garis kemiskinan meningkat kepada 5.6 peratus pada 2020, demikian menurut data terkini Bank Dunia.

Sejak berdekad lalu, Malaysia menyalurkan bantuan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah menerusi subsidi bersasar dan bantuan kewangan. Secara keseluruhannya, inisiatif itu berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini daripada 50 peratus pada 1970-an kepada kurang 10 peratus sekarang, merangkumi segelintir penduduk di luar bandar dan di bandar.  

Pakar yang menyambut baik inisiatif itu, bagaimanapun berkata usaha untuk mengurangkan jumlah miskin tegar bukan sesuatu yang mudah dilakukan. Kata mereka, walaupun terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk golongan miskin, banyak kekangan yang menghalang.

Pendek kata, kebanyakan penduduk miskin tegar di negara ini tidak mampu menikmati kemudahan tersebut disebabkan oleh kemiskinan itu sendiri.

Ahli ekonomi yang juga bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Prof Datuk Dr Madeline Berma yang banyak menjalankan kajian tentang kemiskinan, berkata Malaysia menggunakan kaedah bersasar, iaitu golongan miskin perlu terlebih dahulu mendaftar dengan kerajaan dan disusuli proses pengesahan. Situasi ini boleh menjadi penghalang buat kebanyakan orang miskin.

“Seseorang itu perlu mendaftar dengan e-Kasih (pangkalan data bersepadu isi rumah miskin kebangsaan) bagi melayakkan dia mendapatkan bantuan. Kalau dia adalah orang Penan yang tinggal jauh terpencil, tujuh hari berjalan kaki (untuk sampai di pusat bantuan terdekat), dan tidak tahu tentang e-Kasih, bagaimana dia nak mendaftar?” katanya.

Jika seseorang itu dapat mendaftar sekalipun, mereka masih berdepan halangan seperti pengangkutan, ujar beliau lagi. Bergantung di mana mereka tinggal, sesetengahnya tidak mampu membayar kos perjalanan ke pejabat pegawai daerah yang bertanggungjawab mengagihkan bantuan kepada orang miskin.

Mengambil contoh keadaan di Sarawak, katanya: “Zaman dulu, bantuan JKM cuma RM70. Kos perjalanan dari rumah panjang ke pejabat daerah bagi mengambil bantuan itu ialah sekitar RM30 ke RM40 untuk tambang bot.

“Bagi orang susah, benda paling mahal dalam belanjawan mereka ialah makanan, disusuli pengangkutan. Dua isu ini, jika dapat ditangani, akan membantu kita dari banyak segi (dalam mengurangkan kemiskinan),” tambah beliau.

Akses 

Situasi sedemikian – membelanjakan duit yang begitu susah diperoleh untuk pergi mengambil bantuan demi kelangsungan hidup – amat difahami oleh seorang lelaki  cacat penglihatan yang ditemu bual Bernama. 

Saban hari, warga emas berusia 62 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Low itu, menaiki bas dari Rawang ke Kuala Lumpur sebelum menyambung perjalanan dengan MRT, menuju pusat khidmat gelandangan tersebut.

Di situ, dia diberikan tiga bungkus makanan percuma – mengandungi nasi, sumber protein sebagai lauk dan sayur – untuk  sarapan, makan tengah hari dan malam. Dia keluar rumah pada 11 pagi setiap hari bagi memastikan dia tiba tepat pada waktu, kerana makanan mungkin kehabisan jika dia lambat sampai. Usai mengambil makanan, dia menaiki MRT dan bas untuk pulang ke rumah.

Menurut Low, dia menerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan, dan daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya RM110 dibelanjakan untuk kos perjalanan. Buat masa ini dia tinggal di sebuah rumah yang didirikan secara haram di atas tanah milik orang dan tidak perlu membayar sewa, sekali gus membolehkannya menyimpan sedikit wang. Dia berusaha untuk tidak berbelanja bagi benda yang tidak perlu.

“Baki yang saya tidak belanjakan, saya masukkan dalam (akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). Saya tidak mahu gunakan wang itu,” katanya, menambah simpanannya kini berjumlah RM20,000. Duit itu katanya akan digunakan bagi membiayai kos tinggal di rumah jagaan warga emas apabila tiba masanya.

Selain seorang kakak, dia tidak ada ahli keluarga yang lain. Di rumahnya pula hanya ada sebuah cerek, mesin basuh, tilam dan radio.

Sekalipun perjalanan hariannya itu tidak sukar, Low merungut tentang kemudahan yang disediakan untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Sebagai OKU penglihatan, ketiadaan elevator yang berfungsi di sesetengah stesen pengangkutan awam, membuatkan dia berisiko terjatuh.

Aktivis yang memperjuangkan hak OKU, Murugeswaran Veerasamy yang mesra dipanggil Muru, berkata penambahbaikan kemudahan untuk OKU, bukan sahaja di dalam pengangkutan awam tetapi di semua tempat, akan membantu mengurangkan jumlah miskin tegar secara keseluruhan. 

Sekalipun Malaysia tidak ada angka tepat golongan OKU yang hidup daif, kajian mendapati ramai rakyat negara ini yang kurang upaya tidak dapat mencari rezeki. Mereka termasuk golongan tua yang menjadi kurang upaya dari segi fizikal apabila meningkat usia walaupun keadaan mental mereka masih baik.

“Kuota (menggaji OKU) dalam sektor kerajaan dan swasta ialah satu peratus. Pada masa ini, saya rasa hanya 0.02 peratus pekerja adalah OKU sedangkan sistem kuota ini dilaksanakan sejak berdekad lalu,” kata Muru.

Beliau dan beberapa pakar lain juga mengingatkan pihak berwajib bahawa dasar mengurangkan kemiskinan tidak boleh menerima guna pendekatan “satu penyelesaian untuk semua”. Sehubungan itu, kata Muru, bantuan yang disalurkan harus mengikut acuan mereka yang dibantu.

“Kenal pasti dan asingkan mereka serta berikan bantuan yang betul agar mereka boleh menyumbang kepada diri sendiri, keluarga dan negara. Jika kita beri mereka bimbingan yang betul, mereka akan dapat hidup dengan baik,” katanya.

Dokumen

Akan tetapi, pengkelasan sebegini turut dilihat sebagai satu keistimewaan yang menjadi halangan besar buat sesetengah golongan miskin tegar. Rata-rata bantuan kemiskinan di Malaysia adalah untuk rakyatnya, bermakna mereka perlu ada dokumen diri.

Bagaimanapun bukan mudah bagi sesetengah mereka ini mendapatkan dokumen itu. Menurut pakar, hal itu adalah isu lazim yang membuatkan roda kemiskinan terus berputar.

Presiden Pertiwi Datuk Munirah Abdul Hamid memberitahu Bernama, beliau tidak terkejut sekiranya bilangan mereka yang hidup daif jauh lebih tinggi daripada jumlah rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Menurut beliau, hanya golongan yang memiliki hak keistimewaan sahaja dapat masuk dalam pengkelasan, sementara yang lain terpinggir.

Mega, wanita gelandangan berusia 38 tahun, boleh membuktikan akibat tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Sebelum ini dia tinggal dengan ibunya, seorang warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah, yang menyewa di sebuah rumah kedai. Dia tidak tahu siapakah ayahnya. Mungkin rakyat Malaysia, mungkin bukan.

Ibunya telah meninggal dunia, dan dia pula tidak mempunyai sijil kelahiran. Dia yang tidak pernah bersekolah, belajar menulis dan membaca daripada kawan-kawan. Dia juga tidak tahu sama ada ibu bapanya berkahwin, dan jika ayahnya adalah rakyat Malaysia, maka dia layak menerima bantuan kerajaan.

Oleh sebab tidak ada dokumen pengenalan diri, Mega tidak boleh diambil bekerja secara sah, sekali gus menyukarkannya untuk mencari rezeki ataupun mendapatkan ubat HIV yang diperlukannya.

Di sebalik kepayahan hidup yang dihadapinya, wanita ini mesra dan mudah senyum, menayang barisan gigi yang berlompang.

“Sekarang susah, masih happy tapi rindu (mak),” katanya.

Dr Berma berkata kebanyakan miskin tegar tidak tahu tentang kepentingan mendapatkan dokumen yang perlu. Beliau mengakui proses mendapatkan MyKad adalah panjang, selalunya mengambil masa sehari suntuk, sekali gus menyukarkan mereka yang bekerja dengan gaji harian dan juga mereka yang tinggal jauh.

Bagaimanapun kata beliau, dokumen itu adalah satu keperluan.

“Sekiranya mereka tahu betapa pentingnya untuk anak mereka memiliki kad pengenalan, mereka akan berusaha mendapatkan dokumen itu,” katanya, menambah proses itu seharusnya dipermudah. – BERNAMA

Share:

No comments:

Post a Comment

Posting Popular

Carian Blog

Powered by Blogger.

Labels

1 Syawal 1MDB 2023 3R 7E A & W Abdullah Hj Jaafar Abdurrahman Ahmad Muaz Abu Ubaida Adun Gurun Adun Rembia ADUN Sungai Bakap Aeronautik AES Agama Islam Agamawan Agenda Politik Agihan Keuntungan Ahli Akademik Ahli Ekonomi Sukan Ahli Parlimen Ahli Perniagaan Ahli Politik Ahli Sukan Ahmad Terrirudin Salleh AHTV AI AI Generatif Aidil Adha Aidilfitri AIM AISHM Ajaran Sesat AJL Akad Nikah Akaun Fleksibel Akaun Ke-3 Akta 852 Akta Hasutan Akta Lompat Parti Aktivis Aktivis Politik Al Fatihah Al Imam Al Mahdi Al Quran Al-Aqsa Alam Haiwan Alam Laut Alhamdulillah Allahyarham Tun Daim Zainuddin Allhuakbar Allyarhamah Datuk Syarifah Aini Alternatif Aman Palestin Amanah Amanat Tersirat Amaran Amazon Ambalat Amerika syarikat Amirudin Shari AMLA Anak Bulan Anak Derhaka Anak Istimewa Anak Muda Anak Perempuan Anak Syurga Anak Yatim Analisis Ancaman Bom Android Angeline Tan Angkat Sumpah Antarabangsa Anthony Loke Antonio Guterres Anugerah Anugerah Oscar Anugerah Sukan APDP APK Aplikasi APM APMM Apple Applikasi Apungan Harga Arab Saudi Arafah Arah Kiblat Argentina Arif Aiman Artis Antarabangsa Artis Cerai Artis Duda Artis Janda Artis Kahwin Artis Lagenda Artis Nasyid Artis Tempatan Artis Veteran As Syahid Ismail Haniyeh ASB Aset Asma' Binti Abu Bakar ASN Astro Awani Asyairah ATM Audit Audit Negara Aurat Wanita Awas Axia Ayahanda Azmin Ali B40 Baby Shima Baddrol Bakhtiar Badi Badminton Bahan Larangan Bahan Sejarah Bahanapi Bahasa Melayu Bajet 2023 Bajet 2024 Baling Banduan Banduan Terjormat Banglo Bangunan Runtuh Banjir Bank Bank Dunia Bantahan Bantuan Bantuan Banjir Bantuan Kemanusiaan Bantuan Khas Barangan Impot Barisan Kabinet Barjoyai Bardai Basikal Bateri Baucar Buku Bayaran Insentif Bayaran Pencen Bayi Bazar Ramadhan BDB Bebas Pertuduhan BEC Bekalan Elektrik Beku Akaun Belanjawan Belanjawan 2024 Belanjawan 2025 Belasungkawa Bencana Alam Benjamin Netanyahu Beras Beras Impot Beras Madani Beras Seludup Beras Tempatan Berita Palsu Berlian Bermadu BERNAS Berpantang Maut Sebelum Ajal Berpencen Bersatu BERSIH Beta Bicara Mufti Biduanita Negara Bil elektrik Bilal Bilionaire Billionaire Binaan Haram Bintang Bolasepak Bisnes Bisnes Online BJAK Blackpink BlackRock Blackwing Blog Blogger Bloggging Blogging BN BNM Boeing Boikot Bolasepak Bom Bomba Bonus Boss James BossKu Box Office Brazil Briged Al Qassam Buahan Tempatan Bubur Lambuk Buka Minda Bukan Islam Bukit Uhud Buku Bulan Islam Bulan Kebangsaan Bulan Rejab Buli Siber Bumiputera Bundle Bung Moktar Bunuh Diri Bursa Malaysia C4 Center CAAM Cabul Cabutan Bertuah Calon Calon Bebas Calon PN Caprice Casio Cauvinis Cegah Maksiat CelcomDigi Ceramah Agama Cerita Rakyat Ceritera Cermin Mata Pintar Chatbox ChatGPT CheGuBard China Cina Muslim Claim Codi Cafe Coldplay Colombia Content Copa America 2024 Covid19 Cristiano Ronaldo Critiano Ronaldo CUEPACS Cukai Jalan Cukai Jualan Cukai Perkhidmatan Curang Cuti Hujung Minggu Cuti Sekolah Cuti Tambahan Cybercab Daftar Pemilih Dajal Dakwah Dalam Negara DanaBantu DAP Dapat Anak Dari Seberang Darjah Kebesaran Daruk Seri Hajiji Noor Dasar Ekonomi Baru Dato Onn Jaafar Datuk Dr Adnan Mat Datuk Jamal Abdillah Datuk K Datuk Mahfuz Omar Datuk Mohd Nassuruddin Daud Datuk Nur Jazlan Mohamed Datuk Rosyam Nor Datuk Seri Amir Hamzah Datuk Seri Ayob Khan Datuk Seri Suhaily Mohd Zain Datuk Yusry Abd Halim Daulat Tuanku DBKL DCT DEB Deepavali DELIMa KPM Demokrasi Berparlimen Demonstrasi Denda Desas-Desus Dewan Negara Dewan Rakyat Diabetes Dialisis Diana Danielle Didie Alias Diesel Dilema Wanita Dilepas Dan Dibebaskan Dilepas Tanpa Dibebaskan Diskaun Saman Diskriminasi Dividen DJ Radio DNA DNAA Doa Dokumen Palsu Dominic Lau Donald Trump Doraemon Dos Penggalak Dr Akamal Saleh DR Zaliha Mustafa Dr.MAZA Drama DRB-HICOM DS Ahmad Maslan DS Ahmad Samsuri DS Anwar Ibrahim DS Azlan Man DS Bung Moktar Raden DS Dr Ahmad Samsuri DS Dr Dzulkefly Ahmad DS Hamzah Zainudin DS Ismail Sabri DS Mohamad Sabu DS Najib DS Sanusi DS Siti Nurhaliza DS Takiyuddin Hassan DS Wan Azizah DSAI DSNR DSSK DSZH DUN Jitra DUN Kelantan DUN Melaka DUN Perlis DUN Sabah DUN Selangor DUN Terengganu Durian Duta Bertaraf Menteri Duyufurrahman e_Farmasi E-Motor Ebit Lew Ego EIA Ekonomi Ekonomi Digital Ekopelancongan El Nino Elon Musk eMADANI Emel England Enot EPL Era IT Erling Haaland Etherscan Euro 2024 EV eWallet Exco Perak Exco Perlis Facebook Faekah Husi Fahmi Fadzil Faisal Halim FAM FAQ Faraq Nikah Farid Kamil Femomena Alam Fenomena Alam FIFA Filem Animasi Filem Baru Final Fiqh Fitnah Flashback FOMCA Food Delivery Foodpanda Forbes Forest City Formula Rafizi Forum Perdana Francais Free Palestine G-Shock Gabenor BNM Gadjet Gaji Game Online Gamuda Land Garmin GASIS Gaza Geely Gempa Bumi Gen Z Gencatan Senjata GERAKAN GIATMARA GISB GISBH GLC GLIC Gmail Google Google Adsense Google Pay Google Search Console Gosip Artis Grab GRO GRS Gua Musang Gua Thur Gula Gunung Everest Gunung Marapi Hadis Haiwan Liar Hajarul Aswad Hak Asasi HAKAM Halalan Tayyiba Hamas Hamba Allah Hani Fadzil Haniff Khatri Hanipa Maidin Hannah Yeoh Harga Ayam Harga Basikal Harga Emas Harga Kayangan Harga Kereta Harga Makanan Harga Rumah Harga Syiling Hari Guru Hari Kebangsaan Hari Kekasih Hari Malaysia Hari Pahlawan Hari Raya Hari Wilayah Harimau Belang Harimau Malaya Haruan Makan Anak Harumamis Hattan Hawa Rizwana Redzuan Heba Nusaybah Hiburan Hidupan Liar Himpunan Aman Himpunan RXZ Hina Agama Hina Allah Hina Islam Hina Melayu Hina Negara Permohonan Maaf Hishamuddin Rais Hizbullah Hotel Hotel St Regis HotFM Houthi Yaman HTML Huawei Hubungan Songsang Hubungan Sulit Hujah Makan Tuan Hukum Hakam Hukum Islam Hukuman Husnul Khotimah Hutang Ibadah Ibadah Haji Ibrahim Ali Ibu Bapa ICJ Icon ICU ID Digital ID Khas Identiti Idola Ifa Kazar IJN Ikan Buntal Iktibar IKUT Imam Imam Mahdi Imbuhan IMF Ina Naim Indeks PMI Indonesia Inflasi Influencer Info Agama Info Auto Info Herba Info IT Info Kesihatan Info Rakyat Info Rumahtangga Info Sihat INSAN Insentif Insiden Pergaduhan Insp Sheila Inspirasi Instagram Institusi Kehakiman Insuran INTAN Integriti Internet iOS iPad iPhone IPTS IPU Ira Kazar Iran Irfan Khairi IRGC IS Isham Jalil Islam Liberal Islamophobia Ismail Haniyeh ispace Israel Istana Negara Istilah Istiwa Adxam IstiwaMatahari Isu Agama Isu Akidah Isu Beras Isu Diesel Isu Gaji Isu Judi Isu Kerakyatan Isu Kg Sri Makmur Isu Minyak Isu Palestin Isu Panas Isu Pencen Isu Rasuah Isu REE Isu Sekolah Cina Isu Semasa Isu SMG Isu Telur Isytihar Harta IVF J-Kom Jabal Thur Jabal Uhud Jabatan Alam Sekitar Jabatan Audit Negara Jackpot JAIPk JAIPs JAIS Jakel JAKIM Jalur Gemilang Jalur Lebar Jam Mewah Jana Wibawa Janji Politik Janna Nick Jawatan Kosong JDT Jemaah Haji Jemaah Menteri Jenama Makanan Jenayah Jenayah Siber Jepun Jerebu JHEAIPP Jho Low JIM Jimat Belanja JIPS JKDM JKR JobStreet Jocelyn Chia Joe Biden Johan As'ari Johor Jordan JPJ JPN JSJK JSPT Juadah Berbuka Jual Beli Jualan Murah Jualan Terbuka Jualan Tiket Juara Jungle Girl JUPEM Jurgen Klinsmann Jurucakap Juruhebah Jurulatih Jutawan Segera K-Pop Kad Debit Kad Kahwin Digital Kad Kredit Kafir Kajian Kajiselidik Kak KM Kakitangan Awam Kalimah Allah Kamal Adli Kamala Harris Kanada Semifinal Kanak-Kanak Kanun Keseksaan Kapal Selam KASA Kawalan Harga Kawasan Pedalaman Kazar KDA FC KDN KDNK Keajaiban Kebakaran Kebebasan Bersuara Kedah Kedaulatan Negara Kedutaan AS Kehakiman Kejar Rating Kejujuran Kekayaan Kekejaman Kekeluargaan Kekuasaan Allah Kelantan Kelantan FC Kelayakan Piala Asia Kelayakan Piala Dunia Keldai Akaun Kelebihan Bulan Islam Keluar Parti Keluar Pati Keluar Sekejap Keluarga Keluarga Besar Kemalangan Kemalangan Maut Kemalangan Udara Kemasyarakatan Kematian Kembara Kenali Borneo Kemelut Politik Kementerian Digital Kementerian Kewangan Kementerian Komunikasi Kementerian Pengangkutan Kemerdekaan Kemewahan Kemiskinan Kempen Pilihanraya Kempen Politik Kemudahan Rakyat Kenaikan Cukai Kenaikan Gaji Kenaikan Harga Kenali Rasul Kenali Tokoh Kenangan Kenderaan Bermotor Kenduri Kenyataan Palsu Keperluan Asas Keputusan Keracunan Makanan Kerajaan Kerajaan Kedah Kerajaan Kelantan Kerajaan Madani Kerajaan Malaysia Kerajaan Melaka Kerajaan Negeri Sarawak Kerajaan Perlis Kerajaan Perpaduan Kerajaan PH-BN Kerajaan PN Kerajaan Pulau Pinang Kerajaan Sabah Kerajaan Selangor Kerajaan Terengganu Kereta Baharu Kereta Elektrik Kereta Mewah Kereta Terbang Kerja Luar Negara Keropok Beracun Kes Buli Kes Bunuh Kes Nik Elin KESEDAR Kesehatan & Perubatan Keselamatan Kesihatan & Perubatan Ketagihan Ketagihan Rokok Ketam Keterangan Saksi Ketua Hakim Negara Ketua Pembangkang Ketua Polis Negara Kewartawanan Khairuddin Hassan Khairul Aming Khairy Jamaluddin Khalwat Khidmat Seks KHTP Kim Pan-gon Kim Pang Gon Kisah Benar Kisah Cinta Kisah Dan Teladan Kisah Rumahtangga KJ KK Mart KKD KKDW KKM KKR KLCC KM Melaka KM Pulau Pinang KM Sabah Kod Koleksi Doa Koleksi Resepi Kolumnis Komentar Komik Komputer Komputer Riba Konflik Asia Barat Konflik Hamas Zionis Konflik Hizbullah Israel Konflik Israel Palestin Kongsi Gelap Konsert Kontinjen Malaysia Kontrak Kontroversi Korea Selatan Korum Kos Haji Kos Sara Hidup Kosmetik Koyak KP Kesihatan KP Perak KP Selangor KP SPRM KP UMNO KPDN KPM KPN KPPA KPT KRC Kreatif Krisis Beras Krisis Makanan Krismas Kristian Kristian Zionist Kritik Kritikan Kronisme Kronologi KSN Ku Li Kuasa Allah Kufur Kulim Hi Tech Kupasan KWSP KXP Lagenda Lagenda Bolasepak Lagu Nasyid LailatulQadar Lamine Yamal Lan Pet Pet Langgar Syarat Langkah Dubai Langkawi Lantikan Baru Lantikan Politik Lantikan Secara kontrak Laporan Laporan Polis Laptop Percuma Laqporan Larangan Merokok Lato-Lato Laut Lawatan Rasmi LCS Lebuhraya Lelongan Lembaga Pengampunan Lenovo Lesen Memandu JPJ Letak Jawatan Levi's LGBTQ LGE LHDN Liga Europa Liga Juara-Juara Liga M Liga Malaysia Liga Perdana Inggeris Liga Super Liku-Liku Kehidupan LIMA LIMA'23 Lionel Messi LKAN Loghat Logo Lokman Noor Adam Lompat Parti Love Scam LPF LPT Luar Negara Lubnan M<uslimat PAS M40 MA63 Macam-Macam Madad Madanifobia Madinah MAE Maghribi Mahkamah Mahkamah Majistret Mahkamah Persekutuan Mahkamah Pilihan Raya Mahkamah Rayuan Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Sesyen Mahkamah Sivil Mahkamah Syariah Mahkamah Tinggi Mahkamaha Majistret MAIS Majikan Majlis Profesor Negara Mak Cik Kemboja Mak Nyah Makanan Laut Makkah Maksiat Malaysia Malaysia Madani Malaysian Malaysia MalaysiaNow Manchester City Manchester United Mangsa Mangsa Banjir Mangsa Nahas Manifesto Mantan KPN Mantan Pengarah Kesihatan Mantan Perdana Menteri MAPPA MAPPA XIX Maraton Mas Idayu Masa Dan Waktu Masalah Air Masalah Air Masalah Kesihatan Masalah Sosial Masjid Masjid Al-Aqsa Masjidil Nabawi Mat Rempit Matawang Matawang Kripto Mawi Maybank MB Kedah MB Kelantan MB N.Sembilan MB Perlis MB Selangor MB Terengganu MBI Selangor MCA Media Media Online Media Sosial Mee Segera Mekah Melaka Melayu Memeluk Islam Menara Ilham Mengaku Bersalah Meninggal Dunia Menteri Menteri Agama Menteri Ekonomi Menteri JPM Menteri KBS Menteri KDN Menteri Kesihatan Menteri Kewangan Menteri Kewangan II Menteri KKD Menteri Komunikasi Menteri KPDN Menteri KPKT Menteri MITI Menteri Pelancongan Menteri Pendidikan Menteri PKM Menu Rahmah Mercu Tanda Mesin ATM Mesir Messenger Meta AI MetMalaysia MFL Mi Segera MIC Michelle Yeoh Microsoft Mikrocip Minda Presiden PAS Mindef Mini Dhaka Minyak Diesel Minyak Masak Misi Angkasa Misi Rakyat Misteri Miza Ozawa MK K-Clique MKT UMNO MN MOF Mohamad Sabu Mohamed Salah Mohd Shukri Ramli Mohd Zaman Goh Mohon Maaf MoT Motivasi Motosikal MoU MPC MPM Mr H MTUC Muafakat Nasional Muallaf MUDA Mufti Kedah Mufti P.Pinang Mufti Perlis Mufti Pulau Pinang Mufti Wilayah Persekutuan MUI Muktamar PAS Munafik Murid Sekolah Murtadha Dakwah Centre Musim Perayaan Mutu Pengadilan MyHSR MyKad MySejahtera MySJ Nabi Adam AS Nabi Ayub AS Nabi Daud AS Nabi Harun AS Nabi Hud AS Nabi Ibrahim AS Nabi Idris AS Nabi Ilyas AS Nabi Ilyasa' Nabi Isa Al Masih Nabi Ishaq AS Nabi Ismail AS Nabi Lut AS Nabi Muhammad SAW Nabi Musa AS Nabi Nuh AS Nabi Saleh AS Nabi Sulaiman AS Nabi Syu'aib AS Nabi Ya'akub AS Nabi Yahya AS Nabi Yunus AS Nabi Yusuf AS Nabi Zakaria AS Nabi Zulkifli AS Nabil Ahmad Nadhir Nasa Nadia Brian Nadir Al Nuri Nafsu Serakah Nahas Elmina Nahas Helikopter Nahas Udara Naimah Khalid Naimi Daini Narkotik NASA Nasihat Nasihat Doktor Neelofa Negara Arab Negara Islam Negara Sekular Negarawan Nepotisme Netflix Netizen NGO Nilai Matawang Niqab Nisa Ai Nobita Non Muslim Noriko Ohara Norman Hakim Nostalgia NPRA Nurul Izzah NVIDIA OIC Olimpik Paris 2024 Omicron XBB On Negaraku Online OpenAI Oppo OPR Orang Awam Orang Hilang Orang Islam Orang Kafir Orang Kaya P.Ramasamy PAC PADU Pajakan P.Pinang Pakaian Isteri Rasulullah Pakar Pakar Automotif Pakar Ekonomi Pakar Perubatan Pakatan Harapan Pakej Umrah Paku Dulang Paku Serpih Palestin Pamalsuan Dokumen Pameran Pertahanan Pampasan Pancing Undi Pandora Papers Panduan Panglima Perang Parlimen Marang Parti Melayu Parti Politik PAS Pasaraya Pasca PRN Pasukan Perubatan PATI Patriotik PAU Pawagam PBB PBT PDRM Pecah Amanah Pecah Panggung Pegawai Masjid Pegawai Polis Peguam Peguam Negara Pejuang Melayu Pekerja Asing Pekerja IT Pekerja Rakyat Pelabur Asing Pelaburan Pelaburan Palsu Pelajar Pelajar IPT Pelajar Sekolah Pelajar Tahfiz Pelancongan Pelanduk Dua Serupa Pelantikan Pelik Tapi Benar Peluang Pelupusan Sampah Pemakaian Muslimah Pemandu Bas Pemansuhan Pembaca Berita Pembangkang Pembangunan Pembayaran Saman Pembekuan Akaun Pembela Tanah Air Pembohongan Pemborong Pembubaran Pembunuhan Pemecatan Pemimpin Hamas Pempengaruh Penafian Penagih Dadah Penahanan Penang FC Pencarum Penceramah Bebas Pencerobohan Pendaftaran Pendakwa Raya Pendakwah Pendakwah Selebriti Pendapat Pendedahan Penderaan Pendidikan Pendidikan Agama Pendirian Kerajaan Penetapan Tarikh Pilihanraya Pengacara Pengadil Pengalaman Pengamal Media Pengamal Undang-Undang Pengampunan Penganalisis Penganalisis Ekonomi Penganalisis Politik Pengaruh Pengasas Pengebumian Pengeluaran Pengganas Penggantungan Penghantar Makanan Penghormatan Terakhir Pengisytiharan Pengkid Penguatkuasa Pengumuman Pengundi Pengundi Hantu Pengusaha Makanan Penilaian Penipuan Penjawat Awam Penjelasan Penjenamaan Penutupan Penyakit Berjangkit Penyakit Buah Pinggang Penyakit Kronik Penyata Akaun Penyatuan Ummah Penyelewengan Penyelidik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Peperangan Perak FC Perancis Peratusan Perbahasan Perbandingan Perbankan Online Perbicaraan Percuma Perdana Menteri Pergaduhan PERHILITAN Perhimpunan Aman Perikaian Perikatan Nasional Perisian Perkahwinan Perkara 153 Perkataan Perkataan Kafir Perkauman Perkhidmatan Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlis Perlis Baharu Perlu Bantuan Permainan Permohonan Maaf Permotoran Perniagaan Perodua Persempadanan Kawasan Pilihanraya Persidangan Persundalan Pertandingan Pertuduhan Perubatan Perubatan Tradisional Perumahan Peruntukan Kewangan Pesawat Pesawat MAS Pesawat Ringan Pesta Seks PETA Petisyen Pilihanraya Petrol Petronas Petua PGA PGSM PH PH-BN Phone Scam Piala AFF Piala Asia Piala Dunia Piala Malaysia Pilih Bulu Pilihanraya PBT Pilihanraya Presiden Pinjaman Pinjaman Bank Pink WhatsApp PJSJ PKIBM PKR Plat Fancy PLUS PM PM Israel PMX PN PNB Podcast Poligami Polis Politik Politik Wang Popular Portal Portugal Poster Boy PPM PPS Prakazel "Pras" Michel PrayForGaza Premis Judi Presiden AS Presiden Cuepacs Presiden MUDA Presiden Turkiye Presiden UMNO Prestasi Prihatin PRK Jepak PRK Kemaman PRK Mahkota PRK Nenggiri PRK Pelangai PRK Pulai PRK Simpang Jeram PRK Sungai Bakap PRN Kedah PRN Kelantan PRN N.Sembilan PRN Pulau Pinang PRN Selangor PRN Terengganu PRN15 Pro-Bono Program Reliti Project Kuiper Projek PSI Proklamasi Promediatajdid Promosi Propaganda Protes Proton PRU 15 PRU 16 PSAP PTI PTPTN PU Syed Puasa Pulau Batu Putih Pulau Perhentian Pulau Pinang Pusat Servis PUSPAKOM Putera Mhakota Saudi Puteri Sarah PUTRA PUTRI Qatar Qiddiya Rafah Rafizi Ramli Raja Berperlembagaan Raja Petra Kamarudin Raja Pop Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia Rakyat Palestin Ramadan Ramadhan Ramalan Ramalan Cuaca Ranking FIFA Rantau Panjang Rare Rasis Rasuah Rasulullah SAW Raudhah Raya RCI Realiti Kehidupan Realme Recep Tayyip Erdogan REE Reformasi Rejim Zionis Rekod Rekod Dunia Guinness Remaja Remy Ishak Rencana Renungan Repot Polis Restoran Restoran Mamak Restoran Nasi Kandar Pelita RETVec Rezeki RFID Riba Ribut Rider Rider Delivery Ringgit RM To USD RMK-12 Roda Kehidupan Rokok Seludup Rombakan Kabinet Rona Kehidupan Ronaldinho Ronnie Liu RoS Rosyam Nor RPK RSAF RSN Rayer RTB Rumah Agam Rumah Mewah Rumah Terapung Rumah Terbuka Rumahtangga RUU Kawalan Merokok RUU Mufti Wilayah Persekutuan RUU Mufti WP Sabah Sabah FC sabri Yunus SADA Saham Saidina Umar Al-Khattab Saifuddin Nasution Sains Saintis Salah Faham Salah Laku Salahguna Saman Saman Fitnah Samsung Sarawak Sarimah Ibrahim Saudara Baru SaveGaza SavePalestine Saya Ulang Scammer Seafood Search Sejarah Sekatan Sekolah Agama Sekolah Rendah Sekolah Vernakular Seksual Seksyen 498 Sektor Pekerjaan Selangor Selebriti Semakan Pemilih Semangat Kemerdekaan Sembang Politik Semikonduktor Senario SEO Sepak Takraw Sepanyol Separuh Akhir Serah Terima Tugas Serangan Masjid Serangga Serbuan Setel Shah Radhi Sheila Rusly Shila Amzah Shopee ShopeePay Shuib Sepahtu Siak Siasatan Sidang Parlimen Side Hustle Silaturahim Simbolik Sindiket Sindiran Singapura Sirah Islam Sirah Nabi Sissy Imann Sistem Baitul Mal Sita Siwak SJKC SJKT Skandal LCS Skandal Rasuah Skandal Seks Skim Berpencen Skim Harga Maksimum SKMM Skuter Sokong Israel Sokongan Sokongan Kepada PM Solana Solat Jamaah Solidariti Solidariti Palestin Solscan Sombong SOSMA SpaceX Speaker Dewan Rakyat Spekulasi SPM SPR SPRM Sputnik SRC SRC International SSPA SSPN SST Starlink Statistik Storan STR SU Agong PBB Suami isteri SuamiIsteri Suara Animasi SUARAM Subhanallah Subsidi Suhaimi Saad SUHAKAM Suhu SUK Terengganu Sukan Sukan Basikal Sukan Bolasepak Sukan Memanah Sukan Olimpik Sukan SEA Sultan Johor Sultan Kedah Sultan Selangor Sunnah Superman Hew Support Palestine Boycott Israel. Survey SUV Syamsul Yusof Syed Saddiq Syria T/KPN T20 Tabung Haji Tafsir Al-Quran Tahniah Tahun Baru 2024 Taja Taman-Taman Syurga Tamat Tempoh Tan Sri Acryl Sani Tan Sri Azam Baki Tan Sri Johari Abdul Tan Sri Razarudin Husain Tan Sri Robert Kuok Tanah Rizab Melayu Tanah Runtuh Tanah Suci Tanda Kiamat Tangkapan Tarawih Taska Tauliah Tawaran Tayar Tazkirah Tebusan Teh Tarik Teknologi Teknologi Automotif Teknologi Maklumat Telco telefon Bimbit Telefon Pintar Telegram Telekomunikasi Tema Tempatan Temuramah Tentera Amerika Tentera Zionis Terengganu Terenggganu FC Terkini TESLA TFC TGHH TH Thailand The Hague Tik Tok Tikel Kapal Terbang Tiket Tilawah Al Quran TIME Tip Dan Trik Tips N Triks Titah Adendum Titah Diraja Titan Titanic TITM TKPN TLDM TM TMJ TNB Tok Duku Tok Mat Tokoh Tokoh Korporat Tokoh Ulama' Tokoh Wartawan Tol Percuma Tommy Mawat Top Ten Tottenham Hotspur Touch N Go TPM Tragedi Trending TS Annuar Musa TS Dr Noor Hisham TS Musa Hassan TS Rafidah Aziz TS Zeti Akhtar Aziz TSAM TSLKS TSMY Tsunami Tuah Tuduhan Tular Tun M Tunjuk Perasaan Tuntutan Tuntutan Sulu Turkiye Turliye Tutorial Tutup Kedai TV Pertiwi TV3 TV9 Twitter U Mobile UAI Ugutan Jenayah UiTM Ulama Ulangtahun Ulasan Ultra Kiasu UMMAH UMNO Umrah Undang-Undang Undang-Undang Tubuh Negeri Undang-Undang Syariah Undi Awal Undi Percaya Undi Tak Percaya UNGA Unik Universal Music UNRWA UPM Urus Niaga Usahawan USD Ustaz Abdullah Khairi Ustaz Azhar Idrus Ustaz Don Daniyal Ustaz Wadi Annuar Ustaz Yaakob Yusra UWA Vaksin Velentine Day Vendor Veteran Politik VGK Video Video Call Video Lucah Viral Wacana SH Wahab Wakil Rakyat Wan Ahmad Fayshal Wanita Wany Hasrita Waranti Warga Asing Warga Asing Wanita Warga China Warga Emas Wawancara WBI WhatsApp WHO Wikipedia Windows Wisk Aero Wisma Putra Wukuf X X Corp X90 Xiaomi Yahudi Yahudi Laknatullah Yaqazah Yasin Sulaiman Yayasan Akalbudi Yayasan Al-Bukhary Yayasan AlBukhary Yayasan Nurjiwa Yayasan Sarawak YB Ahmad Fadhli Shaari YB Baddrul Bakhtiar YDP Agong Youtuber Yusof Haslam Zarina Anjoulie Zarina Zainuddin Zayn Zayyan Zionis Yahudi Zionisme Zizie Izette Zuraida Kamaruddin

Arkib Blog

Perlembagaan Persekutuan

Recent Posts

Copyright © BETUL BRO | Powered by Blogger