Perdana menteri menafikan dakwaan siasatan SPRM atau agensi penguatkuasa lain dibuat atas ‘arahan politik’.
PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi menafikan dakwaan bahawa siasatan yang sedang berjalan membabitkan ahli politik pembangkang adalah bermotifkan politik.
Anwar minta kemuka bukti sekiranya terdapat dakwaan SPRM atau badan penguatkuasa bertindak atas arahan politik
Menurut Bernama, Anwar menggesa sesiapa yang membuat tuduhan itu untuk mengemukakan bukti bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau agensi penguatkuasa lain bertindak atas “arahan politik”.
Pada Sabtu lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mendakwa serbuan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di rumah ketua pembangkang Hamzah Zainudin bermotifkan politik.
Sejak beberapa bulan lalu Hamzah dan pemimpin PN menuduh kerajaan menggunakan SPRM sebagai alat politik, selepas Muhyiddin dan beberapa pemimpin Bersatu didakwa atas tuduhan rasuah.
Pada Mac, Muhyiddin didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM32.7 juta. Pengerusi PN itu turut berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan didakwa atas pertuduhan iaitu meminta dan menerima rasuah berhubung projek Jana Wibawa.-FMT
No comments:
Post a Comment