Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan akan bersara awal daripada tarikh yang dijadualkan.
Ketua Polis Negara (KPN) itu dilaporkan akan bersara pada minggu pertama Julai ini walaupun kontraknya sebelum ini disambung sehingga Oktober dan pada masa sama enam negeri juga akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tak lama lagi.
Susulan persaraan beliau, tugas memimpin pasukan PDRM unruk mendepani enam PRN yang bakal berlangsung pada Julai atau Ogos ini, bakal digalas Timbalannya, Tan Sri Razarudin Husain.
“Ya benar, saya akan berundur dari pasukan PDRM pada minggu pertama Julai ini.
“Keputusan ini dibuat disebabkan ada tawaran di luar sana (luar pasukan PDRM) yang perlu saya terima pada masa ini,” katanya dipetik laporan portal BH.
Anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut mengenai tawaran diterimanya sebaik menamatkan tugas sebagai Ketua Polis Negara.
Sementara itu, berdasarkan maklumat sumber, Acryl bakal dilantik menerajui sebuah syarikat perbankan milik kerajaan dalam masa terdekat.
Langkah Acryl bersara lebih awal ini dapat dilihat apabila juruiring rasminya (ADC) sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields.
Setakat ini nama bakal pengganti Acryl Sani belum dapat dipastikan.
-Agenda Daily
No comments:
Post a Comment